Sunday, 26 February 2017

Alunan yang mendamaikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Dah lama kan aku menyepi tanpa sebarang khabar berita. Ada yang sampai email tanya, di mana aku berada dan masih aktifkah di alam maya terutamanya blog. Alangkah bahagianya kalau aku mempunyai masa seperti dulu. Terus menulis tanpa rasa jemu, idea yang membuak buak keluarnyaa. Tapi, disebabkan oleh tuntutan hidup, aku memilih untuk fokus kepada yang lebih penting. Hidup ini sangat indah di mainkan dengan bait bait ayat yang tersusun rapi.

Hasil carian imej untuk ayat ayat cabaran hidup

Percayakah kita, semakin kita meningkat usia, semakin banyak cabaran hidup yang bakal kita hadapi? Orang selalu katakan bahawa, disebalik senyum dan tawa seseorang itu mungkin ianya dilanda dengan kepahitan dan kekecewaan yang tidak pernah diketahui oleh orang lain. Aku sangat percaya. Kehidupan kita ni tidak menjanjikan jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah dugaan, cabaran dan peluang. Semakin hari ianya mematangkan kita. Percayalah! 

Baiki setiap masalah, bukan meronta untuk lari dari masalah. Sometimes all you can do is not think, not wonder, not imagine, not obsess. Just breathe, and have faith that everything will work out for the best. Hidup itu indah, jika tahu untuk menghargainya.........kept smile!

Lots of love ecahh,

7 comments

27 February 2017 at 07:20

Waalaikummussalam..semoga Ecahh sihat selalu..dan apa juga cabaran dalam hidup tu Ecahh tabah berjaya hadapinya..

27 February 2017 at 19:57

Betul, semakin meningkat usia, semakin banyak dugaan yang akan kita hadapi. Tapi inilah yang banyak mengajar kita tentang kematangan hidup. Tempuh dengan redha..

27 February 2017 at 21:48

ecahhhh!!!!! miss you

28 February 2017 at 03:25

belajar tu hadap masalah,besemuka dgn prob,bukan larii,,sbb if lari,,dia akan terus kejar,huhu

3 March 2017 at 11:29

waalaikumusalam.. ecah samalah dgn misz setahun sekali ni baru buka blog

6 March 2017 at 12:51

indeed, semoga kita smua dalam redha Allah swt slalu.. amin

Post a Comment