Friday, 2 December 2016

Lets fly with Traveloka to Tokyo!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum & Konnichiwa! 

Online Contest

Melancong ke negara orang merupakan impian yang sangat ternilai bagi seseorang termasuklah aku. Andai aku diberi peluang oleh http://www.traveloka.com.my/ aku tidak akan melepaskan ia begitu saja. Aku akan memilih melancong ke Tokyo, Jepun! Nak tau sebab aku memilih tempat tersebut sebagai destinasi pilihan atau idaman? Jangan lupa baca sehingga habis. Sejauh mana kita melangkah, semakin banyak yang kita akan jumpa dan belajar dalam hidup. Ayuh, kita melancong dengan lancar dengan adanya traveloka.
Mencari Pengalaman
Apabila kita melawat ke negara orang, kita sudah tentu akan melihat pelbagai corak kehidupan yang sememangnya kekadang sangat jauh dengan budaya kita. Oleh itu, kita boleh belajar sesuatu dalam kehidupan, kita boleh tengok budaya budaya yang diamalkan oleh mereka. Negara Jepun juga merupakan negara yang sangat tinggi disiplin nya dan menepati masa.

Hasil carian imej untuk orang jepun hormat

Main Salji
Selain itu juga, bila kita sedia maklum bahawa, negara yang ada 4 musim ni semestinya mempunyai salji termaksudlah negara jepun. Memang teringin sangat nak main salji walaupun kita sedia maklum ianya sangat sejuk. Bila dapat main salji, teringin nak buat “snow man” dan baling baling salji antara satu sama lain. Indahkan suasana masa tu? Jadi, jika diberi peluang dari traveloka, saya takkan lepaskan peluang ini.
Hasil carian imej untuk salji tokyo

Disneyland Tokyo

Hasil carian imej untuk disneyaland tokyo

Kita sedia maklum bahawa Disneyland Tokyo ini merupakan tempat untuk bersuka ria. Bila kita tension, kita boleh lah membawa diri ke sini. Aku yakin bila aku dapat ke sini, dari pagi sampai ke petang bahkan malam pon kita takkan terasa. Disneyland ni sangat besar dan pelbagai permainan turut disediakan.

Hasil carian imej untuk disneyaland tokyo

Bunga Sakura

Bila kita sebut sahaja bunga sakura, ianya akan mengingatkan kita pada negara jepun yang kaya dengan bunga sakura. Bunga sakura ni berbunga mengikut musim tertentu sahaja dan ianya hanya dapat dilihat selama seminggu sahaja. Selepas itu, ianya akan mula luruh. Aku memang dah lama teringin nak pegang dan tengok secara dekat bunga sakura. Benda paling utama, bila ke jepun, bunga sakura ni sangat sinonim dengan negara jepun. 

Hasil carian imej untuk bunga sakura jepu

Baju Kimono

Kalau diberi peluang untuk Jepun, memakai baju kimono merupakan benda wajib apatah lagi kimono ni ikon negara Jepun yang unik. Bila kita tengok drama jepun, cantiknya bila pelakon memakai baju tersebut. Terasa dekat diri ni nak mencuba sesuatu yang baru. Setahu aku, baju kimono ni sangat mahal untuk disewa dan apatah lagi kalau membeli. Bila kita cuba untuk salami budaya negara lain, ianya sangat unik selagi tidak bertentangan dengan agama. 

Hasil carian imej untuk baju kimono jepun

Apabila kita melancong, jangan lupa untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Hal ini demikian kerana, mencuba sesuatu tu sangat unik dan memberikan pengelaman pada kita. Jadi, jika traveloka ataupun #MyTravelokaEscapade memberikan peluang untuk saya merasai keunikkannya saya tidak akan melepaskan peluang untuk terbang ke negara impian saya yang sangat kaya dengan budi bicaranya, disiplin yang tinggi iaitu Jepun!

About Grand Price

Jangan lupa untuk join contest yang sangat menarik ini! Mana tahu rezeki menyebelahi kita. Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu. 

Lots of love ecahh, 

14 comments

2 December 2016 at 16:55

teringin nak pergi jepun sebab negara tu tip top, tapi saya takleh join, study. huhu. :)

3 December 2016 at 09:22

mcmn nak join ni??

3 December 2016 at 10:18

oh my !!!! all the best dear !!! =D

3 December 2016 at 12:11

@Pasir Yeah, setuju!

3 December 2016 at 12:11

@Unni Anje Just click the link and just follow their step ;)

3 December 2016 at 12:12

@Jun Zie Thankyou! Wish me luck and pray too! :D

3 December 2016 at 12:48

I am going to japan this monday.

3 December 2016 at 14:56

best. teringin sangat nak pergi jepun. nak try join laaah ^^

3 December 2016 at 15:08

main salji bestnyaaaa kan? teringin gak hahaha

3 December 2016 at 18:37

nak join jugakkk. hehe. bestnya ke luar negara..

Anonymous
5 December 2016 at 16:17

Nanti saya share ni

8 December 2016 at 08:15

Tengok gambar Aisyah nie rasa macam nak gi tokyo lak.. hehehe

10 December 2016 at 14:19

bestnya..bila dapat g ni

16 December 2016 at 17:47

wish u luck

Post a Comment