Monday, 21 November 2016

Melangkah masuk ijazah, hati kena sado!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Dah lama kan aku menyepi? Aku menyepi sebab ketandusan idea dan aku kena utamakan benda yang utama dulu. Kadang nak on laptop pon malas, inikan pula nak update blog kan? Traffic blog jangan cakap lah, menurun sangat sangat. 

Hasil carian imej untuk quotes tough in life

Melangkah ja alam ijazah, aku dah rasa lain sangat. Zaman STPM dengan zaman sekarang memang betul betul berubah. Mulanya memang susah untuk terima, tapi sekarang dah hampir 3 bulan aku disini. Jatuh bangun tu dah rasa walaupun hakikatnya baru sedikit, lagi 4 tahun aku kena tempuh. 4 tahun bukan satu angka yang sikit, ia memakan masa yang lama. Aku percaya, suatu hari nanti aku akan rasa manisnya. Cepat atau lambat, kan?

Bila kita dekat tempat orang dan sememangnya jauh dengan mak ayah, kita memang kena pandai survive kehidupan sendiri. Dulu kalau sakit, mak jaga. Sekarang? Kalau kita sakit, kita kena bawa diri sendiri ke Hospital/Klinik. Dulu kalau lapar, makanan dah terhidang, sekarang kena pandai bajet sendiri, kena pandai cari cafe yang murah murah. Dulu kita makan, tak kisah berapa harga bila kita dah jauh dengan keluarga kita kena pandai menguruskan duit. Duit kadang pon keluar macam air. Masa ni, baru kita sedar susahnya nak cari duit dan kita akan lebih belajar untuk menghargai.. Kan?

Bila kita semakin dewasa dan semakin melangkah, kita akan jumpa lagi banyak jenis manusia. Pelbagai peragai yang kita tak pernah jumpa pon akan jumpa nanti. Kadang rasa dipijak pijak, kadang rasa useless gila. Tu orang kata, semakin meningkat dewasa semakin banyak masalah. Kita yang pandai untuk menguruskannya. Jadi, tepuk dada tanya minda.

Jatuh mana pon kita, ingat kita ada lagi mak ayah. Mak ayah yang nak tengok kita berjaya kelak. Percaya pada Allah. InsyaAllah semuanya akan baik baik nanti. Sesukar mana pon ujian, ujian tu pasti kita mampu untuk hadapi. Kerana, Allah takkan duga hambaNya, kalau kita tak mampu kan?
Jom, kita bina kembali diri kita kalau hilang. Set mind dan big why kita disini! 
Lots of love ecahh,

10 comments

21 November 2016 at 21:43

Keep strong dear, you can do it! :)

22 November 2016 at 11:21

Stay strong ecah. Lumrah hidup memang banyak dugaan kita kena tempuh.
Semoga awak mampu banggakan mak ayah awak.

23 November 2016 at 09:33

gud luck. hehe kite nak melangkah ke master plk. doakan! hehek btw nice sharing. singgah dan follow awak :)

23 November 2016 at 12:40

good luck dik.. belajar rajin2.. :)

23 November 2016 at 15:27

kuatkn smgt ecah. ni skrg dlm tahap belajar survive, k. Insyallah, blkg ari msti ada knikmatan. skrg pun da ada, jmpa kawan baru, psekitaran baru kan ;) keep calm & enjoy ur student life :)

24 November 2016 at 16:12

Wahh tahniah dapat sambung Ijazah...MYiDEAKiNi cuma takat Diploma jer... :(

24 November 2016 at 22:05

Gut luck ye ecah.. kuatkan semangat.. moga semua berjalan lancar hingga akhir dan ecah berjaya..

26 November 2016 at 20:31

hi.. suka la ngn blog ni.. saya datang follow tau :)

27 November 2016 at 15:07

Keep your spirit up.

2 December 2016 at 00:51

good luck in your new phase in life. trust me at the end of the day it is going to worth all the sweat and tears. :)

Post a Comment