Sunday, 25 September 2016

Malam Variasiswa 2016 USM - ADFH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Alhamdulilah jumaat lepas iaitu pada 23 September 2016 dapat menyiapkan satu tugasan yang diberikan khas untuk student first year. Pertandingan ni merupakan pertandingan antara desa seluruh USM termasuklah kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan.
TEMA : SEHATI SEJIWA
Sepanjang latihan lebih kurang seminggu, banyak pengalaman yang aku dapat dari segi kerjasama antara berpasukan, menepati masa dan lain lain. Desa Aman Damai Fajar Harapan dilatih oleh seorang yang berbakat iaitu Abang Azhar Jalil. Walaupun beliau sibuk macam mana pon, masa meeting dan latihan beliau tetap akan turun padang bersama sama. Idea yang cukup mencurah curah dan sangat unik! 

Aku tanak kongsi banyak, tapi kalau nak faham apa itu sehati sejiwa tengok lah video yang pasukan ADFJ persembahkan. Bukan kemenangan yang kita cari tetapi penghayatan yang dapat pada penonton! Yang pasti dapat menjatuhkan air mata warga Dewan Tuanku Syed Putra!
LINK YOUTUBE : https://www.youtube.com/watch?v=7rIkJ4KfumY
Dah selesai semuanya dan semoga kenangan yang terpahat di hati dan minda tidak dilupakan sebegitu. Akan rindu semuanya kenangan bersama susah dan senang bersama. Terima kasih semua!
Perpaduan bukanlah sekadar kaum dan etnik tetapi makna perpaduan adalah jauh lebih besar daripada itu. Perpaduan bererti tiada yang terpinggir. Itulah tanda kita SEHATI SEJIWA!
Lots of love ecahh,

3 comments

3 October 2016 at 08:37

assalamualaikum.... salam singgah


http://hello-vitamin.blogspot.my/

6 October 2016 at 14:32

Singgah sini yer.. :D

16 October 2016 at 13:49

lepak sini jap

Post a Comment