Saturday, 25 June 2016

Resepi : Popia Salut Coklat Yang Sedap!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Petang petang ni sebelum berbuka puasa, aku nak up satu entry yang mana korang boleh jadikan salah satu kuih raya akan datang. Cukup senang, dan memang terlajak laris laaa. Memang sedap sebab rangup dan disaluti pulak dengan coklat kan. Memang menu tu akan jadi menu yang paling laris lah kan. Okay nak tau? Meh tengok caranya.

Bahan - Bahan :
  • Kulit Popia
  • Badam cincang (4 segi)
  • Coklat Masakan
  • Nestum (Original)
  • Tepung gandum (Kuantiti yang sikit untuk jadikan gam)
Cara-cara:
  1. Korang gulung kulit popia tu dan gamkan dengan menggunakan tepung gandum. Tepung gandum tu korang bancuh dengan menggunakan air panas dan ianya akan jadi pekat seakan gam. Dah siap gulung nanti, korang potong kulit popia jadi macam gambar dibawah ya.
  •  Dah siap gulung dan potong tu, korang dah boleh lah mengoreng sehingga popia tu garing dan berwarna perang. Dah siap tu nanti korang letakkan kulit popia yang digoreng ranggup tu didalam coklat. Jenama coklat? Seperti gambar di bawah. Aku beli semalam 1kilo RM15 dan berbaloi lah dan coklat ni sedap tau. 
  • Coklat tu korang buat double boiled sehingga cair. Dah cair nanti korang campurkan sekali dengan badam cincang yang 4 segi tu. 
  • Dah siap korang gaulkan kulit popia tu didalam coklat yang ada badam tu, korang boleh angkat satu persatu dan gaulkan pulak di dalam nestum. Dah siap gaul tu korang boleh alihkan kedalam bekas yang sesuai. Lepastu boleh freezerkan selama 5 minit dan dah boleh makan! Nanti jangan lupa simpan untuk raya, kalau tak memang habis kan. hehe!

 Inilah wajahnya bila dah siap. Nampak crunchy kan! Memang sedap dan sangat mudah untuk dibuat. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi ni. Dan jangan lupakan jadikan ianya menu utama kuih raya untuk setiap tahun. Heheheh. Selamat mencuba. Goodluck!

Lots of love ecahh,

5 comments

25 June 2016 at 20:39

senang dan sedap! (thumbs up)

26 June 2016 at 12:12

Kenapa la tengah tengah puasa aku pergi baca entri macam ni. Hahahaha. Tapi miza suka popia nesturm chesee.

26 June 2016 at 12:24

Sedapnyaa..")

26 June 2016 at 16:15

salam ramadhan 21
https://belogs.blogspot.my/

3 July 2016 at 06:40

bestnya.. nak cuba la nnti

Post a Comment