Tuesday, 14 June 2016

Resepi : Popia Goreng Sedap Homemade!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Dua hari lepas, nak jadi cerita kak aku ajak pergi pasaraya dekat rumah. Dengan rela hati, aku pon ikot sebab dia ajak beli barang barang buat popia. Mulanya nak mencari kulit popia, nak cari karot dan lain lain, tapi waktu tu lebih kurang pukul 6 memang banyak kedai jual barang basah dah tutup kan. Jadi maknanya dapat beli kulit popia jelah yang sedia kita tahu ianya frozen..

Bahan bahan :
  1. Kulit popia
  2. Isi Ayam
  3. 2 labu bawang besar
  4. Lada hitam
  5. Perisa secukup rasa/garam
  6. Cili besar (potong dadu pon boleh)//cili padi (korang boleh tumbuk) untuk rasa spicy.

Balik rumah, aku dan kak aku terus mulakan misi yang tak pasti berjayanya lagi. Maklum lah baru nak mencuba kan. Mulanya ayam dicincang halus halus dan dua labu bawang besar juga kitorang potong halus halus tau. 

Dah siap tu, korang boleh lah tumis bawang dulu sampai agak merah merah dan terusnya letak isi ayam. Korang goreng dedua bahan ni sampai isi ayam tu masak. Tak lama sebab isi ayam tu kan dicincang halus dah. Hehehe! Okay tengok gambar bawah tau untuk lebih faham. Mohon abaikan kuali tu, kuali ni dah lebih 30 tahun tau, memang lagend! hohohoho 



Inilah rupanya, bila dah masukkan cili, serbuk perisa, bawang, lada hitam (kitorg letak manyak sebab memang hantu pedas) dan isi ayam. 

 
Okay, dah siap semua meh kita balut popia. Eh eh kulit popia ada saiz kecik dengan besar tau. Masa dekat kedai haritu konfius nak beli besar mana. Last last amik yang besar dan saiz ni memang sesuai untuk popia. Heheheh! Letak inti tu tengah dan korang boleh lah start membalut. Eh nak bagi lekat balutan tu macam mana? Okay tengok gambar bawah ye.

Okay ni lah gam nya. Eh ni gam boleh makan punya tau. Yang ni aku guna tepung gandum je then letak air panas. Lepastu aku gaulkan sehingga sebati dan seakan melekit dah kan. Actually boleh juga guna putih telur, tapi kalau nak jimat guna jelah tepung. Hehehehhe!

 
First day mencuba dapatlah 8 biji popia goreng. Boleh lah kami makan sekeluarga sorang sikit sebab niat pon nak mencuba kan. Tapi esok tu, haaaaaa amik banyak tau buat siap boleh sira cili pedas tau. Fuhh sedap tauuuu! 

Ni lah hasil untuk hari kedua. Separuh goreng kosong, separuh kitorang buat sira cili tau. Actually boleh fall in love dengan popia ni sebab lain dari yang lain. Selalu beli banyak sayur je dalam popia tu yang boleh nak buat sendiri. Bila buat sendiri memang rasa best tau. Cubalah. Bagi aku memang sedap hehehe sebab sedap lah. Hahahaha! 

Lots of love ecahh, 

7 comments

15 June 2016 at 06:15

cam sodap

15 June 2016 at 17:33

yummeh. hehehe.

15 June 2016 at 21:45

salam , kalau pose semua sedap!

15 June 2016 at 23:25

wow akak! nampak sedaplah! memang favorite saya popia ni! >W<

15 June 2016 at 23:44

aaa sedapnya TT_TT

16 June 2016 at 14:38

wah.. dah boleh buka kedai ni.. boleh try ni.. kita curik resepi yee >,<

17 June 2016 at 22:30

Wuuu tengok gambar je dah nampak sedap popia tu :) inshaAllah nanti boleh cuba resepi ni. Thanks !

Post a Comment