Monday, 6 June 2016

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Salam Ramadhan everyone terutamanyaaa rakan rakan blogger dan selamat menjalani ibadah puasa! Eh eh tak lambat lagi kan aku nak update entry tentang ni kan. Amacam first day korang puasa ni? Alhamdulilah hari pertama dah selesai kan. Maaf aku sibuk lately ni tapi taktau apa yang sibuk sangat sampai laptop pon tak buka tau. Hiks! Okay harini ada yang dah pergi bazar ramadhan? Aku dah pi tau tu pun sebab kawan ajak. Tapi alhamdulilah aku masih dapat kawal nafsu makan. Aku hanya beli popia goreng RM2 (6 biji)
Bila puasa ja kan, mesti apa yang kita nampak tu sedap belaka tau. Tipulah tadi kalau aku tak rasa nak beli, komfem nak beli tau! Tapi aku masih ingat, jangan membazir, jangan beli apa yang kita nak tapi beli apa yang kita perlu. Bila tengok ayam bakaq, ikan bakaq, kerabu kaki ayam, nasi ayam, mee kuah, bihun sup, berger....rasa nak beli kan tapi ingat, jangan beli banyak banyak! Beli apa yang kita perlu sahaja.. Satu ja kalau tanak membazir, jangan didik diri untuk pergi bazar ramadhan tiap hari. Kalau pergi tiap hari kempis lahh dompet korang.
Walaupun kita makan sedap, tak dak masalah, jangan pernah lupa pada orang yang susah untuk makan. Dan lagi satu ayuh semua kita perbanyakkan ibadat kita..Salam ramadhan semua! :D
Lots of love ecahh,

7 comments

6 June 2016 at 22:30

Fea okey je puasa hari ni. Cuma rasa nk marah. Mungkin sbb panas kot lately ni kan. Hehe

7 June 2016 at 08:07

salamat berpuasa Aisyhah

7 June 2016 at 10:28

Selmat berpuasa Ecah! Makin cun blog dia.. ;)

7 June 2016 at 11:48

Ramadhan Kareem,
Maaf jugak segala salah silap,
moga memperoleh keberkatan ramadhan Aamiin.

7 June 2016 at 14:54

salam ramadhan ya akak! :)

7 June 2016 at 15:53

SELAMAT BERPUASA...

JOM JOIN GIVEAWAY....

http://macammacamcite.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html#

7 June 2016 at 23:36

selamat berpuasa aisyah ;)

Post a Comment