Monday, 16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang mana kita sedia maklum bahawa ianya adalah "Hari Guru" yang bermakna pada hari ini. Ya harini merupakan hari guru! Yes hari guru! Tau tau! Jangan lupa dekat pendidik yang banyak menabur jasa dekat kita.


Setiap tahun, Sambutan Hari Guru diakan bagi meraikan dan menghargai warga pendidikan yang bertungkus lumus menabur jasa dan bakti demi memastikan anak bangsanya berjaya! Sempenan hari guru pada tahun ni kan, ayuh kita renungkan dan menghayati pepatah melayu "Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain". Pengertian ini sangat mendalam maksudnya dan ianya bermakna guru sangup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya sama ada di dunia dan akhirat.

Masihkah kau ingat? Cikgu sangup bertungkus lumus buat kelas tambahan, siang malam demi kejayaan kita? Bahkan hari cuti pon cikgu sangup buat walaupun sekejap. Ingat tak? Mereka sanggup korbankan masa cuti untuk kita, terlalu besar tau nilai pengorbanan seorang guru.

Bila tanggal 16 Mei ni kan, tertiba rasa mengibau kenangan lower six pada tahun 2014. Masa tu kan pelajar lower six masih dalam minggu orientasi dan diberi tugas untuk melaksanakan satu majlis ni iaitu hari guru. Wah, kenangan handle majlis tu seumur hidup. Bukan senang nak handle actually, sebab ianya memerlukan kerja sama antara semua pihak. Alhamdulilah, akhirnya semuanya berjaya masa tu. Dan aku masih ingat lagi tema yang kitorang pilih masa tu adalah berunsurkan "pahlawan". Terima kasih adik adik form five 2015 masa tu yang banyak membantu untuk lakonan. Ehh kan dah terobek hihihi!











Kan dah terobek zaman 2014 dedulu tu. Fuhhh! Rindu kot nak handle majlis hari guru. Masa tu kita dah kerjasama untuk handle dewan, handle perarakan masuk, lakonan, hadiah, pengacara dan lain lain. Ingatlah sesuatu kita buat tu merupakan kenangan yang tak dapat dilupakan. Akhir kata "SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU"..

Lots of love ecahh, 

4 comments

16 May 2016 at 15:22

selamat hari guru.wah seronoknya banyak aktiviti.sila share video guruku tersayang untuk guru tersayang anda.klik nama ucing (>.<)

16 May 2016 at 15:45

tetiba rasa rindu pulak kat sekolah.. :(

16 May 2016 at 18:00

Rindu zaman sekolah...rindu semua memori..

17 May 2016 at 10:17

Seronoknya cah! hehe kat sekolah akak , akak tukang buat prsembahan pastu main game dengan cikgu-cikgu hehe

Post a Comment