Tuesday, 10 May 2016

Perasaan Interview untuk first time?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Tanggal 9 Mei merupakan hari yang mana aku perlu hadirkan diri untuk interview di  USM (Universiti Sains Malaysia) di Peneng. Pehh, perasaan degup tu jangan lah kata memang dah sebati dalam jiwa kalau ada apa apa program, tak kisahlah kem ke kursus apa apa. Tapi kalini, lain macam sikit perasaan mungkin juga ianya disebabkan tentang masa depan dimana selangkah lagi kaki ku akan menjejak ke menara gadis sebagai mahasiswa kelak. 

Malam Ahad tu aku dah bertolak ke Sungai Petani dalam pukul 8.30 malam dengan family. Bukan apa kalau tolak lepas subuh dari Perlis memang lah tak sempat lagi lagi dekat jabatan Pulau Pinang tu akan jem, almaklumlah hari sekolah dan orang nokgi kerja kan. Dah sampai Sungai Petani kitorang tidur dekat rumah sedara. 

Seawal pukul 5.30 pagi kitorang dah tolak ke USM. Fuh perasaan debor tu lagi meningkat rasa nak lari je dari interview. Pukul 6 pagi tepat sampai depan pintu USM tapi malangnya belum buka. Berderet kereta beratur dekat tepi tu. Pastu decide untuk ke semayang dulu dekat Masjid. Bila dah siap semua, kitorang pon bergerak ke USM.

Calon yang iv akan diberi bilik khas untuk berkumpul sebelum dipanggil nama. Masa tu sesi sual kenal lah dengan calon calon lain, ada dari terengganu, perak, kelantan, peneng. Nama sensorang di panggil dan perasaan tu makin bergedup kencang haha! Rasa nak makan pon dah tak lalu. 

Bila nama kita dipanggil tu cuba untuk tenangkan diri supaya tak nampak sangat nebes tu. Tapi tipulah kalau tak nebes kan. Actually kitorang iv dalam bilik persidangan. Wah sangat cantik dan selesa! Dah jatuh cinta tau dengan USM ni! Fuhhh.

Tapi kan aku rasa aku taip merepek di atas ni T_T Mohon tabah. Sebab cuma nak cakap "Gementaq tu taktau nak habaq mai, sebab ni lah first time iv. Preparation pon buat sendiri dan lebih banyak tanya senior senior sebab masuk group khas". Tapi takpalah dah lepas dah pon, skrg perlu doa dan tawakal sebab aku dah usaha kan. Jangan lupa doakan aku dpt iv ni hihihi. Thank you! Love all!
Nanti aku share cara nak susun file interview bagi nampak kemas. Ok? Stay tune!
Maaf entry kalini takde gambor hehe!

Lots of love ecahh. 

2 comments

10 May 2016 at 22:27

Aminnn. Good luck Ecah!

10 May 2016 at 23:50

Moga berjaya ecah..in sha Allah bila rezeki tu milik ecah..susah macam mana pun..tetap kepada ecah juga...

Post a Comment