Saturday, 30 April 2016

Food Review : Terinai Lake View Cafe

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Harini aku nak review sikit tentang tempat makan di Perlis ni. Semalam satu keluarga keluar makan luar di Terinai Lake View Cafe. Kat cafe ni ala ala western dan ada pelbagai jenis makanan. Okay entry kalini banyak gambar tau! Dan mohon jangan craving. Nak tau lagi? Baca sampai abis okay!


Ni adalah lobi utama. Parking kereta then boleh lalu dekat bahagian ni, tapi kitorang lalu di kawasan lain. Nak tau mana sini mehh.


Haa ni laa laluan dia sangat cantik, ala ala puteri kayangan je nak lalu. Tapi sorry gambar tu goyang sikit, hihih!


Kalau korang lalu dari kangar nak ke padang besar kan, mesti korang akan lalu Terinai! Boleh la singgah rasa kan, dekat sini juga ada pemandangan empangan timah tasoh. Cuma aku gi makan malam so tak nampak sangat. Memang cantik! Tenang je makan. Tapi sekarang kan musim panas, air empangan tu pon dah kering. Hahahah! Nak tau aku makan ape? Baca lagi lagi dan gambar makin menarik! Hahahaha.

Semalam aku makan chicken chop sebab dah rambang mata nak makan apa. Senang kata, kitorang pilih makanan yang lain lain dan boleh share kan! Okay chicken chop ni sangat sedap bagi aku, rasa rangup, huishh taktau nak kata apa. Yang aku rasa nak simpan jee tanak makan haha! Nak tau harga nya?
Menu : Chicken Chop
Harga : RM12


Ni pulak black paper steak dan abang punya. Daging sangat lembut dan perapan tu dapat mengetarkan jiwa ni haha. Bagi aku not bad dan aku suka. Hiasan nya sangat menarik dan tertawan tapi sayang abang tak makan pon. Kak dan mak je perabiskan sayur sayur tu. Hahaha!

Menu : Black Paper Steak
Harga : RM22


Kak aku pulak order chicken grill sebab dia pernah makan chicken chop dengan family semasa aku dekat seremban. Sedih ohhh gua takde masa tu. Hahahah! Memang sedap, aihh semua sedap tauu.

Menu : Chicken Grill
Harga : RM12

Makanan seterusnya ni adalah Mee Bandung yang diorder oleh mak aku sendiri. Kuah dia sedap sehinggakan mak sendiri fall in love dah, siap kata nakgi lagi hahaha! Tapi salunya akan tertukar mee rebus, mee bandung, mee kuah. Sampai sekarang tak reti beza, asal mintak yang lain dapat yang lain cuma yang ni dapat mengikat pujaan hati mak kita, kahkah!

Menu : Mee Bandung
Harga : RM7


Ayah pulak order koewteow lagna. Aku tak pernah makan tapi nampak menarik sebab dia letak memacam, udang, ayam, sorong, sayur dan nampak banyak lah. Janji ayah makan sampai lincin gitu ahahha! 

Menu : K'teow Lagna
Harga : RM7


Okay kalau kita makan tanpa minuman memang tak lengkap. Dan selalunya minuman ni akan sampai dulu kan. Adat laa kan bila kita makan, haha! 

Menu : Fresh Fruit Juice (Carrot/Apple)
Harga : RM4/each

Iced Lemon Tea
RM 2

Local Tea
RM1.50


Okay ni lah gambar overview tapi masa ni makanan mak ayah tak sampai lagi. So far so good! Alhamdulilah, sekali sekala makan boleh lah kalau makan tiap hari rentas duit dan tak elok juga untuk kesihatan kan lagi lagi kalau selalu amalkan western. Btw sini bukan setakat ada cafe malah ada resort jugak tau! Boleh la korang search tau :D
Details :
  • No Fhone : +6012-412 7736
  • Alamat : KM.17, Jalan Kaki Bukit, 02400, Perlis
Lots of love ecahh,  

11 comments

30 April 2016 at 23:30

wahhh macam sodap jeeeeeeee. lapar laa pula

1 May 2016 at 00:01

Alahai, lapar pulak rasa. Hehe. Harga pun okay :)

1 May 2016 at 00:01

peh, lapo pula rasa tetiba haha

1 May 2016 at 01:35

Dekat timah tasoh ? Ok nampak sedaaaaap

1 May 2016 at 06:48

salam , semua sedap sedap ^^

1 May 2016 at 19:47

Mak ai, terliur kita tengok chicken chop tu.. ;)

1 May 2016 at 21:44

semua nampak sedap...
baca entri ni sambil telan air liyr..
nanti kalau singgah perlis leh la cuba mkn kt sini.

2 May 2016 at 22:40

Sedapnyaaa.... terkesan saya di sini. hahahaha

4 May 2016 at 12:35

Nampak sedap.. harga pun xdela mahal sangat

5 May 2016 at 16:55

Masha Allah sedapnya!

6 May 2016 at 13:44

sedapnya cha oii..

Post a Comment