Sunday, 10 April 2016

CONCERT 3&4 : IDOL DAN NARRATIVE SPEECH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Harini aku nak cerita tentang konsert ketiga semasa aku di sana, tapi mesti tertanya kan mana konsert ke dua? Actually intake kali  ni untuk sesi feb kan tak sempat buat konsert Drama sebab kami semua diberi cuti selama dua minggu oleh pihak penganjur. Sedih juga sebab tak dapat merasa macam mana belakon tapi takpelah setiap konsert juga mencabar weh! Okay, dengan adanya entry terbaru ni bermakna aku dah berjaya habiskan dua bulan aku di somban tu. Finally, aku dah kembali ke negeri tercinta, moh moh ler aku nak update sampai lebam nanti!

Konsert IDOL ni bermakna konsert yang memerlukan kita menyanyi di khalayak ramai orang! Memang terlalu mencabar untuk ke sesi audition tu. Untuk pemilihan lagu ni, ada tiga peringkat lagu yang senang, sederhana, dan susah. Aku amik lagu yang senang untuk di bawa dan pecaya lah kebanyakkan lagu ni ada yang aku tak pernah dengar. Nak tau lagu apa yang diberi pilihan? Meh terjah meh.


Ni lah lagu nya, so aku pilih lagu THE DAY YOU WENT AWAY BY M2M. Ni pon lagu aku first time dengar. Pada hari pertandingan tu kan, kitorg akan bertanding antara classmate dan ada beberapa juri yang akan pilih kita dari setiap peringkat. Tahniah untuk tiga kawan ecah iaitu Elis, Wan dan Syabila sebab terpilih dan mereka akan bertanding diperingkat semi final dan pada peringkat final yang akan dilakukan pada terakhir sebelum habisnya programme ni.

Bagi yang tak menang tu kan, kitorang dapat sticker note yang comel. Hahahaha! Okay lah, penat nyanyi kan beromputeh siap dapat hadiah. Hihihihihi!

Meh buka sini dengar lagu ni, best ahh tapi slow sikit, comel je suara penyanyi ni. Hahaha!!


Okay konsert keempat ni pula ialah Narrative speech. Narrative speech ni merupakan macam kita nak bagi ucapan di khalayak orang ramai. Audition juga diadakan di dalam kelas sebelum dipilih untuk ke peringkat semi final dan final. Pemilihan tajuk juga mempunyai beberapa tema yang diberi dan aku memiklih tema " Element yang membuatkan anda join kursus english". Menarik kan, dan lagi menarik bila dengar kisah kisah daripada kengkawan yang lain yang mana berlainan tema.
Okay, yang tu ja nak share. Nanti aku share pulak ya untuk next concert iaitu Dikir Barat! Yeay, aku tak pecaya yang aku boleh harungi kursus ni selama dua bulan yang mana pada mulanya aku gundah gulana untuk pergi. Sapa dapat intake seterusnya?! Boleh la pm untuk tanya apa apa, seriusly memang best weh, tak nyesal! >.<
Lots of love ecahh, 

4 comments

10 April 2016 at 22:33

salam tahniah ecah! :)

10 April 2016 at 22:50

wahh macam best ja !

10 April 2016 at 23:37

Hehehe..Lagu tuuuuu favret..Best kan..

11 April 2016 at 00:33

tahniah dah mencuba! kalau saya masuk entahlah ada ke tak mcm rentak lagu tu

Post a Comment