Wednesday, 13 April 2016

Belajar erti redha

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Hidup tanpa matlamat ibarat berjalan tanpa arah, sama juga berlari sambil menutup mata. Mampukan kita melakukan kesemua kerja tanpa melihat dunia luar?

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka. Macam mana nak biar hati kita redha? 
Kita ada hati, pujuk diri sendiri untuk redha. Lepaskanlah apa yang bukan milik kita. Terima apa yang Allah dah takdirkan. Ada perkara, memang tak patut kita perjuangkan, dan ada yang memang patut kita lepaskan. Berhenti memaksa dan mengkehendaki sesuatu itu berlaku mengikut apa yang kita inginkan.
Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan. Mensyukuri hari ini, mengiklaskan yang telah berlalu..

..Manusia hidup lalu menderita kemudian mati, satu satunya hal yang tetap bertahan adalah cinta..

Lots of love ecahh, 

2 comments

13 April 2016 at 19:05

kakk ecahhh. deep sgt. masuk dlm hati ni haaa. TT

redha itu bahagia, kan? :)

13 April 2016 at 22:27

redha dalam kesusahan, tanpa persoalan dan keluhan, mendamaikan jiwa.

Post a Comment