Tuesday, 1 March 2016

Hari Pertama di Alpha Collage of Teachnology

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Harini aku nak kongsi sikit detik detik ketika aku melangkah ke tempat baru. Bak kata orang, baik menulis selagi kita ingat kan, suam suam kuku lagi. Kang dah lama tak ingat sangat memori tu haa, manusia kan selalu lupa lagi lagi aku ni. So far aku dekat sana memang super duper best nak matey hihihiii. Aku bertolak dari perlis ni pada 12 hb ke rumah paklang. 

13 Feb 2016
Awal pagi dah bertolak ke seremban 2. Perasaan tu dah bercampur bau bila nak kena berpisah dengan family, dah la dekat sana tak kenal sesapa cuma ada kawan schoolmate sorang je join juga pergi. Takdaklah rasa janggal sangat tapi perasaan tu tetap berbelah bahagi.

Sampai je sana terus, aku terus pergi meja pendaftaran. Masa tu kalau tak silap ada 5 kaunter. Kaunter pertama untuk daftar dan dapat nombor kelas. Actually kan, dua tiga hari sebelum bertolak dah dapat group whatsapp kelas. Masa tu dah buat dah sesi berkenalan antara satu sama lain. Kaunter kedua pula kita akan dapat handbook rasanya, kaunter ketiga akan dapat duit elaun, kaunter keempat adalah penyerahan kunci bilik dan kaunter terakhir tu adalah penyerahan detail details diri.

Dah siap semua, aku diarahkan untuk ikut seorang fasi ni ke dorm. Kat sana, aku tinggal dalam suasana dorm yakni dorm aku hanya ada 11 orang je. Bila dah masuk dorm, aku cepat cepat pilih katil sendiri hihihihihi. Yang pasti amik hujung, bukan depan toilet dan luas dan ada suis elektrik. Pergh peragai. Dah siap semua tu, aku turun ke dewan pendaftaran untuk tunggu mak ayah keluar daripada sesi taklimat oleh Abah (DR.HAMZAID). 

Dah siap semua, kami bertolak pula ke mydin untuk shopping barang antaranya bantal, baldi, cawan, pinggan, makanan, sabun basuh baju,  dan lain lain. Yelah, nak bawak dari Perlis memang memerlukan kesabaran jadi aku buat keputusan untuk beli sana terus. Dah siap menghabiskan duit, terus ke kolej untuk letak barang. Dan sesi sedih sedih mula berdrama! Haha! Aku tak nangis sebab aku sado kan diri sebab niat nak belajar kan dan untuk mendapatkan pengalaman. Mak ayah bertolak awal dari seremban selepas zuhor dan aku mula beramah mesra dengan rakan rakan bilik. Pecayalah!!Hari first memang aku tak berani nak tegur kengkawan bilik, tengok semua macam garang tapi hakikatnya semua otak gila gila juga dan aku dah sayangkan dorm 153-1 ni sesangat.  
Eh, ecah kongsi takat ni dulu tau, nanti ecah update lagi. Ecah dah selesai siapkan satu task iaitu ice breaking. Nak tau macam mana task nya? Nantikan entry seterusnya. Macam mana pengalaman belajar english dengan foreigner? Tunggu entry seterusnya juga tau! :D Take care semua

Lots of love ecahh, 


10 comments

1 March 2016 at 16:18

good luck for your study! :)

1 March 2016 at 19:34

wah......good luck..

2 March 2016 at 13:41

omg belajar english with foreigner!!!! cant wait for the next one wuhuw

2 March 2016 at 13:42

hihihi best of luck in everything aisyhah! <3
heeeeeeeeee. jgn nangis nangis dah eh hikhik

3 March 2016 at 02:07

semoga berjayaa ;D

3 March 2016 at 14:43

Goodluck kat tempat baru cah :D

3 March 2016 at 23:38

Best of luck dik ecah :)

7 March 2016 at 17:05

Gambateh ne ecah~

8 March 2016 at 21:24

salam ...
ecah moga dipermudah urusan walau dimana... :)

9 March 2016 at 09:46

gud luck syah.... - kak yana :p

Post a Comment