Saturday, 9 January 2016

Usah dikenang kisah yang lama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Nak bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang kita cintai, itulah yang sangat sangat sangat sukar untuk diperoleh. Eh entri kali ni berkaitan cinta eh? Aku update mengenai cinta, tak bermakna aku sedang dilamun cinta tapi teringin untuk menyusun bait cinta. Pegh cahh.


Kadangkala, kita selalu jaa asik dengan melayani perasaan saban hari. Seolah olah itu saja yang ada dalam minda kita tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati. Kita sangat lemah dalam menghadapi hari mendatang dan dan lebih kejar mencari cinta yang seolah olah akan hilang selamanya.

Kita selalu lupa, bahawa cinta sesama manusia ni kekadang boleh merosakkan jiwa. Aku juga pernah rasa bila diri disayangi dan menyayangi. Kehidupan kita bukan semata mata untuk bercinta, berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita. Dan kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita, bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita. Kerana kita ada usaha untuk memilih dan memiliki. Namun, sejauh manakah kita meratap dan merayu untuk menjadi milik kita dan bukan hak kita? Sampai bila bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya.

Jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan dapat! Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menindakkan kebenaran yang telah ditentukanNya. 
Jangan ditangisi perpisahan dan kegagalan bercinta. Kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama Hikmah yang tersembunyi.

Lots of love ecahh, 

8 comments

9 January 2016 at 11:18

don't let your past has control in your future

9 January 2016 at 12:04

Wahhh kak... Sngt sngt pengisian.. Kdg cinta bt kita berubah. Kdg berubah negatif kadg positif. Hidup sendirian tak bermakna x dicintai. Family ada utk mencintai kita. Nak dibandingkan cinta pasngn dngn cinta fmily, cinta family sngt besar.. Sgt sgt besar.. Utk apa nangis benda yang bukan terbaik utk kita? Kan kan? Haha.. :)

9 January 2016 at 13:05

BerCINTA denfan Allah dulu...in sha Allah cinta dengan manusia akan menyusul...

9 January 2016 at 14:09

hehehehe bad relationship turns people to change :(
huhuhu
harap nya change to goodness lah kan

9 January 2016 at 22:21

Sakit kecewa , mungkin bawa kita dekat dengan Allah dan lama lama sakit tu kita anggap jalan menuju tuhan :)

9 January 2016 at 23:29

cari org yg cinta kita . insha Alllah , dia akan tatang kita bagai minyak yg penuh dik ...

10 January 2016 at 01:20

semua yg terjadi ada hikmahnya. :)

10 January 2016 at 23:17

Cinta penuh unik dan rahsia...

Post a Comment