Monday, 11 January 2016

Sebab dah minat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan ashelamat malam,

Kat rumah ada kucing tak? Ada tak? Ada tak? Alhamdulilah, dekat rumah aku enam ekor dah. Kalau tak ada 7 ekor, tapi sekor tu dah takdak. Aku redha dari tengok dia tak lalu makan, tak bermaya seperti yang lain.


Si oren ni bernama, Comel. I dont know why, but my mom letak nama tu kot. Masa tu aku dekat PLKN so aku tak pasti sangat. Yang pastinya adik bawak balik dari asrama dia. Aku sayang gila gila sampai sekarang, i dont know what will happen bila dia dah takdak.


Ni pulak, namanya TAM. Tapi mak ayah panggil HITAM. Sampai sekarang lekat nama hitam, dan untuk manja aku panggil TAM ja. Yang ni pulak, aku jumpa masa paper akhir STPM Sem3 untuk subjek pengajian perniagaan. Habis paper dalam 4.15 petang so aku dan kawan kawan gerak ke parking moto. Lepastu, aku amik helmet and aku rasa berat. Tengok tengok si tam ni dok lena dalam helmet aku. 

Masa tu nak bawak balik rumah takut, sebab kucing dah ada dekat rumah. Takut tak terjaga. Jadi aku cadang untuk hantar ke kawasan kantin sekolah. Dah sampai rumah, aku cerita dekat mak. And you know what? Mak aku balas balik " Paseipa hang tak bawak balik, kesian dia. Dia mintak tolong". Lepas masa tu, aku rasa mula bersalah.

Hari lepas tu aku masih ke sekolah untuk belajar next paper. Aku pi balik kantin sekolah dengan kawan, and then aku jumpa balik walaupun dah dua hari kita berpisah. Lepastu aku bawak balik ke rumah sehingga sekarang. Tu laa kisah cinta aku dan dia.


Yang besar tu nama TOMPOK. Haa kucing ni bukan aku jaga mulanya, dan aku anggap dia ni girlfriend si comel ja. Masa first kenal tu liar sangat. Aku nak bagi makan pon lari. Maksudnya takleh sesapa dekat dengan dia. Satu malam tu, dia cakar pintu rumah dan tingkap. Mulanya, mak bagi makan dekat luar sebab ingatkan dia lapar. Tapi lepas beberapa minit, dia ketuk lagi pintu rumah. Rupanya dia dah sarat nak beranak. Mak pon sediakan tempat yang khas untuk dia beranak di rumah atas. Kat situ dia beranak dan membesar anak dia sampai lah aku bawak turun ke rumah bawah.

Tiga ekor yang minum susu tu la anak dia. Ada nama oyen, teh, ketot dan bubu. Tapi sayangnya bubu yang meninggalkan kami semua dulu. Takpa, kita jumpa di syurga tau  :D


Sangkar tu aku lapik kain, lepastu aku lapik tikar plastik tu dan aku baru letak surat khabar. Sebab kalau tak letak kain, keberangkalian depa ni tidoq sakit badan. hahahaha!

Ni laa keadaan sangkar bila depa ni tidur. Sangkar ni pon baru sejak sejak ada anak kecik ni. Tapi aku bersyukur sangat keluarga aku dapat terima seadanya dan memberikan kasih sayang. Yang uniknya, aku ajar sekali ja dekat lekat terus. Alhamdulilah. Kalau bab nak membuang air besar ke kecik, anak anak kucing ni akan masuk bilik air. Tak merata laa depa ni melepas hajat tu. Hihihihihi. Bab makan pulak, depa lebih memilih makan nasik dan ikan rebus daripada friekies tu. Hihihihihi. Kita jaga kucing, insyaAllah Allah bagi kita rezeki lain nanti kan. Apapun kita buat kita kena ikhlas, betul tak?

Lots of love ecahh, 

11 comments

11 January 2016 at 23:27

comelnya.......kak jiha suka kucing tp, x pelihara..kak dan abg jak ada kucing d rumah...

btw, kak tag ecah..sekiranya sudi join lah hehe

http://nazihah-suarahati.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html

11 January 2016 at 23:53

HI BABY COMEL TAM TOMPOK OMGGG
KIRIM SLM PELOK CIOM PLSSS <3
hihihi kalau dh minat kan. hiks

12 January 2016 at 06:55

Geram pula akk tengok si tompok and the geng. hahaha..Akak punya tinggal 4 ekor dari 10. Asal gemuk sikit hilang memanjang, malas dah nak jaga sangat. ;)

12 January 2016 at 08:09

Hey, hey. Samalah kita. Minaaatt giler2 dengan kucing. Sampai orang panggil Nisya ni crazy cat lady. Haha. Kim salam peluk cium dekat omey2 semua nii ^^,

12 January 2016 at 08:18

ada rezeki yang Allah bagi bila kita ikhlas menjaga kucing2 ni

12 January 2016 at 10:31

alahiiii comel nya si bulus ni kan :)

12 January 2016 at 10:49

looking at your photos... now i miss my cats at home T_T we have 14 and every one has their own specialties hahaha~ TAM IS CUTE! handsome boy!

12 January 2016 at 12:01

Hi slm perkenln,ternmpk post awsk,teringt kucing sy dulu..ktorg terjumpe n jge..obesity brt dkt 6 ke 7kg..doc pun ckp obes.,ttbe hilang.,ada jiran ckp ternmpk org amek kucing sy dpn rumh..adekah dijual??? Sedih..sbb die mmg comel klo org tgk mmg geram..

12 January 2016 at 13:19

Lissa pun ada banyak kucing! ada 8 actually. tapi 2 mati tinggal 6.. huhu bestkan kalau ada kucing.. sedih-sedih pun ada pengubat jiwa. ekeke

12 January 2016 at 13:22

Nak belajar ikhkaskan hati...ikhlaskan diri...salah satunya dengan haiwan...antaranya kucing...sebab kita tak boleh minta budi kita dibalas...

14 January 2016 at 10:23

rumah mak MG ade banyak kucing2 dtg tapi hanya utk makan je..kucing2 tu macam tau rutin mak MG bg makanan kat diorang...

betul tu,ikhlaskan hati..mst ada rezeki lain Allah nak bagi kan? :)

Post a Comment