Monday, 4 January 2016

Pengalaman Pertama Naik Ets! Arau ke Kl Sentral.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Buat pertama kalinya aku menjejak kaki di kereta api laju yang dikenali ETS ni! Perasaan heksaited tu memang tak leh nak cakap, memang membuak buak. Aku berpeluang untuk menaiki ETS dari Arau ke KL Sentral tapi ayah cadang untuk kitorang turun di tanjung malim yakni lebih dekat dengan rumah paklang daripada turun di kl sentral tu.



Hohoho! Gambar di atas pulak merupakan ticket ETS yang boleh dibeli di kaunter yang berdekatan. Harga juga berpatutan dengan masa yang diperuntukkan. Kalau guna seorang berbaloi la, kalau pergi memana reramai aku prefer untuk naik kereta la. Kalau hitung balik mungkin dapat murah dari tambang ETS. Kalau travel sesorang naik ja ETS. Boleh jimat masa dan tenaga daripada naik bas yang hampir 6 jam untuk ke KL dari Perlis.

Oh ya lupa nak bagitau, ETS yang aku naik ni merupakan ETS tambahan. Mungkin pihak ETS tambah masa perjalanan disebabkan cuti sekolah maka ramai yang akan gunakan. Masa aku berjalan dalam tu dan daripada pemerhatian aku, aku dapat tengok semua kerusi dipenuhi oleh pengguna ets. Wow, amazing! Full baq hang! 


Okay kerusi ETS di susun dua hala, satu mengadap utara satu lagi mengadap selatan. Haa maksudnya kereta api tu akan bergerak ke belakang. So posisi kerusi aku memang pening sebab ianya bergerak dari belakang, tapi bergerak secara normal ketika di butterwoth kot. Kalau hangpa tak faham, boleh tengok lukisan aku ni. Maaf lah tak berbakat nak melukis. Kahkahkah! So bagi aku gerabak dan kerusi memana pon tak kesah sebab semua akan merasa pergerakkan tu.


Haa ni laaa lukisan aku yang boleh aku terangkan. Hope ada yang faham laa kan. Hahaha! Satu gerabak berapa kerusi tak pasti yang pastinya aku selesa, Hahaha! Cuba sekali sekala, ayuh kita support buatan Malaysia ^^


Sebenarnya aku rasa menyesal sebab tak amik banyak gambar. Pemalu tak kena tempat dan aku teringat nak amik pon dah last minit. Kekekeke. Okay gambar ni nak tunjuk dekat dinding yang ada tulis B T9311, sebelah tu ada icon lelaki dan perempuan yang selalu kita jumpa di tandas kan. Haa betoi laa kan icon di tandas.

Lampu tu akan berubah bila ada orang iaitu akan berwarna merah, kalau hijau tu toilet tu tengah free. Saja nak kongsi sebab ada mak cik makcik terpaksa tunggu giliran untuk menggunakan. Keadaan kereta api kan bergoyang goyang, so kalau berdiri di situ boleh membahayakan diri kan. So pihak ETS dah mencipta kemudaan pengguna tapi mungkin ada setengah pengguna tidak perasan tentang icon yang terlekat di atas tu ha ^_^

Keadaan tandas bagi aku kemas dan bersih. Tak dak masalah rasanya. Bahagian cafe pon okay tapi agak sempit la sikit. Sebab beli dan makan di tempat sendiri ja. Menu makanan juga boleh tahan, ada nasi lemak, nasi goreng, bihun goren, meggi hot cup dan roti yang aku nampak. Tapi makanan tu akan digantikan satu dengan satu yang lain bila habis. Minuman pula, ada yang panas dan sejuk. Bagi yang beragama Islam, Surau juga disediakan. Surau tu boleh dimuatkan dalam 1-3 orang saja. Alhamdulilah cukup sempurna untuk digunakan. Betoi tak? Okay itu saja pandangan aku, dan aku berpuas hati dengan layanan yang diberikan ^_^ 

Cuma menjadi pertanyaan, kenapa kerusi disusun begitu yakni berlawanan arah? Mungkin untuk menstabilkan keadaan kereta api atau sebagainya kan. Hohoho! Sep sep sapa yang pernah naik ETS dan bagi yang tak pernah jom kita cuba amik pengalaman! :P
Oh yaa, Jualan Ticket ETS ni macam pisang gorang, memang cepat je habis. Aritu rezeki nak naik, tu dapat ticket tu sekali beli amik 5 kerusi terus! Hohoho :p

Lots of love ecahh, 

14 comments

4 January 2016 at 23:03

Haritu pergu kauter tiket, katanya dah full sampai bln 2. Benda baru semua excited nak try ^^

http://kimchaa.blogspot.my

4 January 2016 at 23:21

wahhh , ain belum try lagi naik . ingat nak naik jugak .
thanks share ;)

5 January 2016 at 00:06

tak pernah try lagi ETS tu, nampak selesa

5 January 2016 at 07:56

Pengalaman baru ni ecah..alhamdulillah..

5 January 2016 at 08:21

mcm best je. nak try lah ^^

5 January 2016 at 08:50

Memang teringin nak naik..tapi belum ada kesenmpatan lagi..

5 January 2016 at 09:00

Assalamualaikum. Saya pernah naik ets ni 3 kali. So far ok la jgk. Jimat masa sikit walaupun harganye lebih sikit drpd naik bas :)

5 January 2016 at 09:31

Excited nau nau dia ni hahahahaha
bestnya hm nak ikut nnt leh tak ihiks

5 January 2016 at 10:10

nak try jugak.. tapi Lissa orang Labuan. haha T_T

5 January 2016 at 10:59

masa study kat Penang dedulu pnh la naik tren tp ticket yg paling murah tu la. ETS ni blm pnh try lagi hehe


psstt~ terime kaseh Ecahh sudi singgah blog Anamizu hehe

5 January 2016 at 13:27

wahhhhh #takajak :P

5 January 2016 at 20:06

mcm best je..tp stkt ni blum pernah naik lagi..

6 January 2016 at 11:54

ok ecah, dgn ini kita boleh berjumpaaa, hihi, thnks ika pun nk pergi arau

6 January 2016 at 15:02

wah.kena try ni

Post a Comment