Wednesday, 6 January 2016

Orang tak faham

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Orang tak faham, Kadang orang ajak keluar, kita cakap tak boleh. Orang ajak keluar, kita bagi alasan. Orang ajak keluar, kita cakap takdak duit. Diorang bolehlah nak keluar cakap je " Ayah nak duit"..."Ibu nak duit" then papppppppppp! Dah ada duit. Helaian duit kertas dah tersedia atas meja.


Kita bukan orang senang, nak keluar bulan depan bulan ni dah mula kumpul duit. Diorang cakap " Alaa kau mintak Rm50 ja dah lah dekat parent kau. "Bukan kita nak gi shopping pun".. Orang tak akan faham, kita nak mintak RM50 pon terketar ketar lutut sepuluh kali fikir nak mintak ke tak.

Sebab kita ambik kira dengan hanya RM50 tu ayah dan ibu boleh beli macam macam barang keperluan lagi. Bukan aku sombong, bukan aku lupa kawan. Tapi kadang kau kena faham satu istilah, bukan semua orang hidup senang.

Sekadar renungan bersama. Sentiasa memperingati diri sendiri.

Lots of love ecahh,

8 comments

6 January 2016 at 15:10

Sy faham. Selalu jugak rasa mcm tu. Pernah jugak rasa,menyesal gilaaa aku ikut budak ni keluar. Duit habis kat benda tak relevan langsung. Sy mmg berkira sikit bab duit ni. Pernah sekali tu keluar, kawan ajak makan kat secret plak. Dahlah sy tengah banyak benda nak pakai duit masa tu. Tp sbb taknak spoil mood, sy on jelaa [sbb fikir bukan slalu kua ngan dieorg]. Makan dekat rm50 jugak laa masa tu. Bagi sy rm50 boleh makan lima kali. Lepastuh terus rasa, ohmygod i kenot hangout with this kind of people lagi!!!! sebab semua tempat dia masuk semua mahal hahahahahha

6 January 2016 at 15:10

akak biasa sgt kena macam tuu..

"kau kerja pun takde duit?"

kalau la dorang tau betapa akak struggle nak suap nasi kat mulut ibu, abang...baru laa tau tinggi langit rendah bumi

6 January 2016 at 15:40

Nilainya mungkin sama...rm50 kita dan dia...tapi membawa makna dan keperluan berbeza...

6 January 2016 at 16:48

hiks. jangankan mintak 50.. mintak 5 hinggit pun rasa bersalah bertimpa-timpa. T_T

p/s.. Lissa tolong klik nuffnang Aisyhah ya :D

6 January 2016 at 17:42

Salam ecah, feel you .
akak ni memang jarang keluar ngan kawan kawan. tapi nasib baik kawan akak pon macam hakak jugak so tak de lag serba salah

6 January 2016 at 18:38

Betul tu, kalau sy. Selalu tanya dulu member.. Okay ke kalau nak keluar blaa , blaaa. Tanya confirm betul2. Tak memaksa. Kalau memaksa, sy akan support dia at least belanje makan :)

6 January 2016 at 20:59

hm alhamdulillah ramai paham dkt comment atas2^ ni kan.
qila pun mmg ckp je takde duit sorry takleh keluar.
huhuhuhu
biar je lah kawan tu nk caya ke taknak.
sbb mmg betul pun kalau keluar nk kena bwk AT LEAST RM50 like ugh.
sometimes rs mcm nak mkn dkt rumah je sbb mkn luar mahal :((((((
tiket wayang lagi. jajan jajan lagi ya allah. sumpah la tak kaya.

mintak kawan paham je. diorang dpt elaun bagai lain cerita ah hek eleh.
ni aku nk maghah ni hahahahah thanks ecah hehee <3

6 January 2016 at 21:03

betul sngt. apa lagi yng ada adik beradik ramai.. mak ayah nak pakai beli brg brg untuk adik lagi, untuk makan pakai lagii. hati rasa bersalah nak minta. walaupun dulu , pernah cakp, "Mama, nak duit. sepuluh dah la " bila tngok dompet mama, Alah. ada RM15 jerr.. terus niat nak ikat perut.. x smpai hati nak mintak dah.. sampai yg lain perasan kita jrng beli makanan atau apapun.. kesian bila fikir mak ayah kerja lewat malam kdg tak balik lngsung sbb keje...kita sbgai anak perabh duit utk enjoy.. berat hati.. cryinggg!!!

Post a Comment