Friday, 8 January 2016

Musim Mempelam Dah Tiba!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya. Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik daripada semalam. Tetapi kemudian Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah olah sudah hilang. Jangan Sedih. Selagi kita masih bernafas hari itu selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan yang penting jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.


Okay, kembali kepada tajuk post, musim mempelam dah tiba?! Apa itu mempelam? Pelam ni orang perlis panggil untuk buah mangga, Mesti tau kan mangga? Harum Manis? Mesti tau kan, buah yang menjadi pujaan hati untuk semua rakyat Malaysia. Gambar yang aku letakkan tu merupakan Pelam Sala. Untuk pengetahuan korang, pelam ni banyak jenis. Aku sendiri tak reti nak beza lagi, antaranyanya pelam susu, pelam Harum Manis, Mangga epal, Pelam Cokanan, dan banyak lagi. Ada saiz besar, ada saiz kecik. Harum Manis belum dijual sebab sekarang tengah proses berbunga ^_^

Dalam bulan 4-5 nanti promosi buah tu mesti sakan kan. Pada bulan tu juga laa, akan banyak kereta daripada negeri negeri luar. Hihihihihi. Dalam banyak banyak pelam, Harum Manis pon dah banyak ditanam daripada buah lain. Mungkin harganya lebih tinggi dan lebih sedap daripada buah lain kan.

Jadi, kalau datang perlis tu, roger roger laa eh. Kot boleh jumpa kaa dengan blogger luar negeri. Hihihik! Pakat mai pakat mai peghelih nah! Mai makan buah pelam dengan pulut. Peh cayaq baq hang!! 

Lots of love ecahh, 

11 comments

8 January 2016 at 11:55

hoi nak pi sana!! :P

8 January 2016 at 11:57

@Aqilah Azmi Mai laaa kaihh qilah, hohoo!

8 January 2016 at 13:00

bestnya..... xpernah pulak makan pelam dgn pulut. hiks

8 January 2016 at 13:19

hamboiiii sedapnya....terliur tengok...

8 January 2016 at 13:51

Lissa suka makan mampelam ! depan rumah ada sepohon.. tapi taktau mampelam bangsa apa.. ekeke :D

8 January 2016 at 15:23

Sedapnya ecah hehehe belakang rumah ada mempelam, tak pasti mempelam jenis apa haha..macam mangga philipin punya, tapi tak besar. dengan mangga wani, fuhh selalu makan ni sekarang hehe tak pasti kalau di sana panggil apa mangga wani ni.

8 January 2016 at 16:02

wah....kegemaran akak ni....tak kisahlah apa pun jenis pelam..mangga...on je..sedapnya...harum manis..waw....

8 January 2016 at 18:19

amboii. mmg nak bagi org telan air liur ke? hwarghhh sedapnyaaaaa!!

8 January 2016 at 18:54

salam ecah! akak rindu perlis ! dahhh harum manisnya nasikandarnya cendolnya !

8 January 2016 at 19:26

ambooiihh ambooiihh akak.. nbila pun nak jugaa.. send lah ke loqstaq sama... Mengidm jugakk nak merasa..

9 January 2016 at 23:56

ha...aisyah...nanti hujung bulan dua ada lagi x? nak jugak pelam ni...saya naik ke perlis masa tu...kalau abis ni yg terliur tak sudah nanti ni...

Post a Comment