Tuesday, 26 January 2016

First GiveAway by Encik Kidal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

*KLIK BANNER UNTUK JOIN*

Harini aku nak join giveaway yang dianjurkan oleh Encik Kidal. Terima kasih sebab jemput aisyhah untuk join giveaway yang terlalu gempak ni dan menarik hati aisyhah! Heheheh.

Hadiah yang paling Aisyhah nak adalah notebook atau planner. Nak tau sebab apa? Sebab ecah memang suka dekat buku macam tu lagi lagi yang cute. Buku tu boleh Aisyhah gunakan bila dah masuk Universiti nanti. Bak kata orang nota yang warna warni itu adalah milikku. Ewahh.

Seterusnya, azam saya pada tahun 2016 ialah....

  • Nak masuk Universiti
Semua orang nak masuk universiti kan? Macam aku juga sebagai lepasan STPM, aku juga mempunyai keinginan untuk melangkah ke menara gading seperti kawan yang lain. Memang berharap dan semoga rezeki itu milik aku. Doakan ecah ya rakan rakan blogger sekalian. 
  • Nak bahagiankan mak ayah
Aku harap sangat mak ayah sentiasa gembira dengan kehidupan anak anaknya. Dan aku nak buktikan aku juga mampu seperti abang dan kakak. 
  • Nak Kurus
Dah lama nak kurus, tapi bila nak kurus memang ada seribu satu halangan. Semoga tahun ni impian yang teragung ni dapat dilaksanakanlah. Hahaha! Nak kurus ni kena kuat mental dan fizikal. Sebenaqnya aku boleh kurus kalau tak duduk bawah ketiak mak lagi. Yelah dok rumah, mak asik sumbat sumbat makan jaa, tak makan kang kecik hati lak *alasan kot* Hahaha! Moga impian ni terlaksana juga nanti. Nak sihat, jaga pemakanan kan kan :D
  • Menjadi blogger tetap dan designer blog
Ecah sebenarnya tak pernah nak sangka nak melangkah ke dunia blog ni. Dan sampai satu tahap, bila on laptop nak bukak ja blog. Sebab aku dah jatuh cinta dengan dunia blog ni haa. Dan aku nak teruskan sebagai designer blog supaya skill skill yang ecah belajar tu tak lupa. Dan hakikatnya dan ecah sedari, minat ecah terhadap design sangat sangat tinggi dan apa salah untuk konsisten apa yang ada dan bantu blogger di luar sana kan.

Tu ja kot azam aisyhah untuk tahun ni yang boleh dikongsikan. Heheheh! Kepada yang belom sertai, jom semua kita gempakkan! Bestkan kalau dapat baca azam azam antara satu sama lain. Jom join sebelum terlambat.

Oh yaa, ni instagram aisyhah ---> nnaisyhah

Dan aisyhah tag dua rakan blogger yang lain iaitu :-
Semoga ecah terpilih sebagai pemenang Encik Kidal >.<
Lots of love ecahh,

5 comments

26 January 2016 at 14:53

Goodluck kak :D

26 January 2016 at 15:08

gudluck!

MG nk join jgklah ! :)





JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

26 January 2016 at 15:17

Good luck ecah. Semoga semua azam akan tercapai.. amin...

27 January 2016 at 09:28

Assalamualaikum...Balas kunjungan dari segmen yang sama juga yer :)

http://www.myideakini.com/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html

4 February 2016 at 15:10

blogwalking dari ga yg sama..
http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html

Post a Comment