Wednesday, 20 January 2016

Cara Buat Popcorn Sendiri! Marveloss.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Malam ni aku nak share sikit cara cara buat pop corn sendiri. Kali pertama buat, dan kali pertama juga la beli jagung kering tu. Al maklumlah, bila keluar bandar dengan kakak, semua benda rasa nak beli. Maka semalam aku pon mengoogle dengan jayanya. Yang pasti first buat, gula tu hangit! Wiwiwiwi! Tak cuba, kita tak tau kan.

Bahan yang diperlukana adalah :
  • Jagung Kering (Sukatan seperti dalam gambar)
  • 1 Sudu besar gula ( Aku letak tak banyak, sebab tak suka manis)
  • 2-3 Sudu besar minyak masak
  • 1-2 sudu besar majerin (Ikut kemahuan sendiri takut terlebih creamy)

Ni laa jagung kering tu, jangan guna jagung yang basah tu sebab kawan aku buat katanya tak jadi. Banyak ni ja aku guna untuk sekali buat, dan penuh semangkuk yang besarnya seperti dalam gambar di atas tu. Aku makan, baru aku buat supaya tak masuk angin, kang lemau buang pulak. Lagi pun tak amik masa lama cuma dalam 10 minit ja. Boleh juga buat bila kengkawan lepak dekat rumah sambil tengok tv kan hihik.


Okay, dalam kuali tadi kita letak dalam 2-3 sudu besar minyak. Lepastu kita letak jagung kering tu, kita gaul gaul bagi kena minyak semua. Lepastu cari penutup, kita tutup, kang meletup jenuh bersilat kat dapur. Maaf kuali tu dah lama sejak nenek ada lagi. Tak rosak, sayang pulak nak buang, kata mak aku la haha!

Ni laa rupanya bila dah tutup. Aku tutup baru buka api sederhana. Beberapa saat lepastu kedengaran lah bunyi pop pop pop macam nak runtuh jantung. Kikiki. Joke jaa. Dah agak lama tak bunyi boleh laa tutup api, dan angkat penutup tu. Jangan buka api kuat kang hangus lak pop corn tu. hihihi.

Bila buka penutup, inilah hasilnya. Seriusly rasa kagum sebab dah boleh buat sendiri hahaha! Tak sangka kan dari biji jagung kering tu dah jadi banyak macam ni. 

Gambar buat manisan dia aku takdak amik sebab lupa. Hihihihi. Senang ja, korang letak majerin ke mentega ka dalam 1 sehingga 2 atau lebih. Ikut kesukaan anda, kalau nak rasa creamy letak banyak sikit tapi jangan lebih kang berminyak pop corn yang di buat tu. Lepastu, letak gula dalam satu sudu besar ja sebab aku tak suka manis. Nak manis letak lagi lagi dan lagi tau. Korang kucai kan mentega dengan gula sehingga gula tu nampak bertali baru campur popcorn. Dah siap, letak dalam mangkuk dan biarkan seketika sehingga sejuk, dan makan...


Ni lah hasilnyaaa. Mak tak bagi letak warna warni sebab katanya nanti dalam perut penuh dengan pewarna ja. Sentap ooii, so dengar cakap mak itu lebih baik. Selamat mencuba. Maafkan kalau tak sempurna hahaha :P

Lots of love ecahh, 

13 comments

20 January 2016 at 00:14

hehe nanti nak buat gak la tapi akak tak buat caramel nye eh

20 January 2016 at 00:21

@Raizah Halisah Akak cuma guna majerin jaa untuk rasakan ia lemak lemak gituu hihi

20 January 2016 at 00:57

waahh.. mcm bst jaaa.. nak try lahh.. thanksss.. ada jugak orang yg cut jagung yang sbatang tu.. then sapu mntega.. msak dalam oven... siap... nak makan petik je kat batang jagung tuu.. hahahahahha.. cuba akak tryy...

anyway nak share kain songket pncarian rzki saya.. jmput la singgah blog saya...

http://wanieseuk.blogspot.my/2016/01/songket-preview.html

http://wanieseuk.blogspot.my/2015/12/songket-part-1.html //
http://wanieseuk.blogspot.my/2015/12/kain-songket-part2.html //



20 January 2016 at 03:36

i'm gone try this!!!! ahhh thanks for sharing

20 January 2016 at 07:45

awwhhhh.nak buat jugakkk lah!!

20 January 2016 at 11:44

Best ni makan depan tv :)

20 January 2016 at 12:21

rajinnya buat. selalu tengok resepi tp xrajin lagi nak buat, selalu beli je. haha.

20 January 2016 at 13:00

Ok sebelum pegi tengok wang buat siap siap dari rumah...

20 January 2016 at 13:40

kalau letak caramel... Allah.. memang sedap gila

20 January 2016 at 18:41

wa.. menjadi la.. :) nyum2.. nk sikit

20 January 2016 at 20:51

waaaaa :O
I'm impressed!

20 January 2016 at 22:08

qila fail at caramel :(
manis angat benciii hahahha

20 January 2016 at 23:47

salam ! nampak sedap ,zaman diploma dulu ni la makanan wajib beli dkat pasar malam! :)

Post a Comment