Thursday, 28 January 2016

3 Tips Mengubati Hati Yang Luka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Siapa tak pernah kecewa? Mesti ramaikan..Bukan kecewa cinta ja okay, kecewa ni macam macam ado tau. Kecewa dengan sikap orang tu, orang ni, bila kita kecewa, apa yang sakit? Hati menjadi lara dan sengsara, sakit tu memang sakit sangat dan pedih. Biasalah bila aku kecewa, aku biarkan keadaan berlalu bergitu sahaja tanpa memikirkannya. Orang kata malas masuk otak, buat sakit kepala ja kan, biarkan keadaan yang menentukan. Tapi kadang tu ada juga amalkan tip untuk ubat hati kita yang kecewa ni, antaranya ialah :-
  • Latih minda untuk melupakan kenangan pahit
Bunyi dia macam senang je kan. Tapi perlu di aplikasikan secara berterusan. Mengaku jelah kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingatkan kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu okey! Mulai harini, cer kita sesama bertekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin dan kasi kosng habis habisan! Bulatkan azam untuk memfokuskan kepada masa depan, cita cita dan sebagainya. Memang lah tak dapat nak melupakan kesemua memori pahit sekali gus, tapi boleh lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada benda lain. Proses ni dia amik masa, tapi boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

  • Belajar menjadi pemaaf
Sikap pemaaf ni sebenarnya dapat membersihkan hati dan perasaan negatif dan emosi seperti rasa tak puas hati, dendam, geram, cemburu, marah dan sebagainya kan. Kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat memaafkan kesalah diri kita di masa lalu ataupun kita tak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita satu ketika dahulu. Ataupun kan.......Kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita, yang membuat kita sedih, kecewa dan geram tahap dewa. Satu lagi kan, sebelum tidur tu, ikhlaskan hati untuk memaafkan semua orang disekeliling kita. InsyaAllah bangun pagi kita akan rasa tenang dan ia terpancar di wajah kita. Tak caya, cubalah..Boleh awet muda lagi..Biasanya kan seorang pemaaf ni wajah dia sejuk ja nak memandang. Jom tranform diri kita jadi pemaaf! :D
  • Belajar rajin bersyukur
Belajar bersyukur dan ucap syukur ke atas kesemua yang kita ada, apa saja pon. Misalnya, ucap syukur kerana masih bernafas setiap kali bangun tidur dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di alam kedua. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seiklas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari dan yang penting selain syukur ialah redha..
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu lebih baik, sungguh baik, sebaik mungkin dari hari yang sebelumnya. Orang lain tak mampu mengubah takdir kita melaikan Allah dan diri kita sendiri! :D
Lots of love ecahh,

3 comments

28 January 2016 at 21:20

waduh...hati yang luka huhuhu

28 January 2016 at 21:25

nice sharing ecah..terima kasih..

29 January 2016 at 00:39

Yup betul tu :)

Post a Comment