Thursday, 31 December 2015

Yesterday Story ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Bila cakap tentang hati dan perasaan kekadang aku sendiri terkedu dan tidak tahu apa yang harus dipikirkan dan apa yang harus dilakukan. Tentang hati dan perasaan ni merupakan aset yang tersanggat lah sensitif. Aset yang tersanggat sensitif dan tidak boleh dibuat main dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


Sukar untuk kita sendiri menjangka hati dan perasaan orang. Mereka juga tidak dapat menjangka hati dan perasaan kita. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa yang dapat membaca isi hati dan perasaan mereka. Kalaulah kita dapat berbuat sebegitu tentu haru hara dunia nanti.

Selama ni apa yang kita tidak puas hati kita bisikkan pada hati, kita mengadu pada jiwa dan hanya diri kita yang tahu. Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Pada masa yang sama lubuk hati kekadang penah berkata " Alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia...." Mesti pernahkan dialog macam tu menjelma dalam fikiran kita? Yaa. aku sendiri pun penah alami. Sesungguhnya manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tidak miliki.

Sebagai seorang manusia aku tidak lari dari kesalahan. Manusia tidak pernah sempurna. Kesalahan yang dilakukan yang dapat mematangkan akal seseorang. Walaupun kadang kala yang kesalahan dilakukan tanpa kita sedari. Mungkin ada juga silapnya dari kita sendiri, kita kena akui itu, kita hanya manusia biasa. Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada manusa yang sempurna dalam dunia ini.

Kadang kadang apa yang kita  lakukan seolah olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain. Ada masa kita sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang disekitar kita, kawan kawan kita gembira tapi seolah oleh usaha kita langsung tidak dihargai dan lebih parah mereka mempermainkan usaha kita. Salahkah kita nak bahagiakan orang disisi kita? Berdosa ke? Kita hanya manusia biasa :") Pecaya dengan takdir Allah ^^

Lots of love ecahh,

2 comments

23 December 2015 at 17:24

heheheheh :)
betul.
we're humans?
so basically we would never ever be perfect.
so mistakes are compulsory gitewww
haha
thanks cah! <3

percaya takdir allah!

27 December 2015 at 00:30

Hati-utama dalam jasad manusia.

Dari perindu buat dirindu,
Jiwa dilazim dengan zikir-lantas fikir bergema akhir,
Menyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam,
Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Illahi,
Rasa hidup beramal redup-Lantas rancak munajat hidup.

#SM
#SelatMerah
Singgah dan Jenggah
follow back http://selatmerah.wordpress.com

Post a Comment