Saturday, 2 May 2015

Liku Kehidupan Form6 2014/2015

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum pembuka bicara kepada ahli ahli bloggers yang dihormati lagi disayangi. Terlebih dahulu aku sendiri memohon maaf atas kekilafan kerana meninggalkan alam blogging ni tanpa khabar berita, sungguh aku kata sapa tak rindu. Tapi aku memilih untuk melupakan sesuatu yang tidak pasti seperti alam blogging. Rindu membuak buak bagaikan gunung berapi nak pecah, tapi apakah daya sejak tahun lepas jiwa aku mula hilang. Mustahil diriku untuk mencari ianya dalam masa yang cepat.

Jeng jeng, hajat diriku untuk mencapai bintang. 

Ramai kata alam form six ni susah baq hang weh, tayah masuk. Ekceli, masa form5 aku memang katakan tidak pada form six. Bukan apa, kita mesti nak nak masuk universiti macam kawan yang lain. Sapa tanak kan, sedih ada. Macam macam ada macam macam aku rasa seperti vanilla, coklat dan sebagainya. Sedih weh sedih!

Bila keputusan UPU keluar sapa tak sedih. Keputusan aku hilang dari radar. Marah bagaikan gurau,benci tidak ku dendam. Apa lagi senyuman patut ku ukir? Masa terus berjalan tanpa berhenti untuk memberi aku ruang. Lepastu keputusan politeknik keluar, wah yeah aku dapat weh weh. Tapi bukan course aku, pada masa tu aku fikir tanak goon sb course tak minat. Mungkin Allah jodohkan aku dengan benda yang lebih baik, positif ecah ecah positif weh.

Bila aku dapat tenangkan diri yang mengambil berbulan. Mungkin ada yang tak sedar akan sikap ku,tapi tulah aku cakap bukan senang weh, sapa tak jeles tengok kawan dapat masuk universiti. Aku masih positif kan diri. Orang kata awat hang nak sedih baq rak sangat weh, dok jelah form 6. Orang takkan faham perasaan kita lagi lagi apa yang kita inginkan. Never never!

Sapa cakap form six susah? Memangla form six exam yang paling susah dan exam paling senang adalah di peringkat phD. Tak pecaya? Tapi semua benda dalam hidup ni kalau tak usaha macam mana nak dapat. Aku bukan anak orang kata untuk ke universiti bertaraf swasta. Aku bukan anak orang kaya yang hanya petik apa yang mereka mahukan.

Dari situ aku belajar satu erti iaitu Redha. Aku redha segalanya. Tapi masyarakat nowsday takkan faham apa yang budak f6 rasa. Asal kita move on, ada yang jatuhkan. Semangat manusia ni bukan tough sangat, kadang masa jiwa mereka diroyak royak habisan seperti kertas.

Form six juga ajar kita macam macam. Ya aku akui, aku belajar memacam, cara nak handle event yang overall kita atur, aturkan majlis graduasi, macam macam weh, mana nak dapat? Masa aku aliran perdana, aku tak dapat rasa nak handle. Bila kita berjaya buat sesuatu kita rasa masyaAllah indahnya dunia tengok hasil kita.

Aku nak cakap, aku sayang family form six aku. Mereka ada saat aku sedih, jatuh dan sebagainya. Terima kasih kepada semua, semoga kejayaan kita akan bersama sama nanti, muahks!!

Okay, aku sertakan satu gamba untuk tatapan semua, penat kan baca? nanti aku share lagi laa apa apa yang menarik, apapun em em selamat datang pelajar lower six 2015-2016. Kehkeh, alam form six ni menarik andai kita redha akan sesuatu, muehehe!


Okay, selamat tinggal.

Lots of love ecahh,

3 comments

2 May 2015 at 17:32

rindu zaman form 6 2014/2015 dulu .

2 May 2015 at 20:00

tak semestinya apa yg kita nak, kita akan dapat. Form 6/ diploma sama sahaja. mungkin lepas grade form 6 awk dpt ke peringkt Degree. Amin, sy doakan awak berjaya dunia akhirat. buat yg terbaik..

2 May 2015 at 20:47

Wahh... Saya suka aja tengok budak2 form 6 ni. Cool ja nampak, kehkeh.. Nanti akak cerita lagi life form 6 okay?! Hihi..

Post a Comment