Wednesday, 15 May 2013

Tanpa Guru siapa kita?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Tanpa guru siapalah kita?Tepuk dada tanya iman.Tepuk dahi bukalah minda.

Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru yang diadakan di seluruh malaysia.Hari guru disambut meriah di setiap sekolah. Pelajar yang datang ke sekolah pada hari ini bukanlah untuk belajar tetapi untuk berterima kasih dan meraikan guru yang tanpa jemu mencurahkan ilmu. Tanpa guru siapalah kita pada hari ni? 

Disebabkan guru kita dapat mengenal huruf,angka,mengira,mewarna dan sebagainya.Tanpa usaha guru kita tak mungkin dapat mencapai segulung ijazah yang sangat bernilai kepada kita.Dengan berkat jasa gurulah kita berjaya menjadi insan yang berguna pada hari ini.
“ Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa. Ibu bapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibu bapa akan celaka selamanya.”
Kita mungkin cakap tugas seorang guru ni senang. Eh awak guru ni susah tau. Susah nak didik anak bangsa pada masa sekarang tau :) Jika kita tengok dengan kemodenan yang ada,jelaslah bahawa tugas seorang guru semakin mencabar.  Selamat hari guru kepada yang digelar guru!Terima kasih cikgu!Tanpa cikgu siapalah kami!!:)

Lots of love ecahh,

4 comments

15 May 2013 at 23:03

mancabar tugas guru sekarang ni..

15 May 2013 at 23:18

selamat hari guru :) rindu dekat cikgu sekolah :')

16 May 2013 at 10:58

moga semua guru yang ada sentiasa dirahmati Allah atas segala usaha yang mereka laksanakan..

16 May 2013 at 11:39

selamat hari guru..jasa guru sangat besar..

Post a Comment