Sunday, 24 March 2013

Tahap Ketagihan Internet Anda?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ujian Kenal Pasti adakah anda ketagihan internet?

Apakah anda juga mengalami ketagihan internet? Elok juga kita menguji diri sendiri. Manalah tahu,jika kita dapat mengesan awal,maka dapatlah kita bertindak segera merawat dan mengawa diri sendiri sebelum keadaan menjadi para.

Berikut disenaraikan 20 kenyataan tanda tanda seseorang itu mengalami ketagihan internet. Untuk mengukur tahap ketagihan diri kita,sila tandakan pada kenyataan yang bertikut seperti skala yang di nyatakan ini :-
  • 1> sangat jarang
  • 2> sekali sekala
  • 3> kerap
  • 4> sangat kerap
  • 5> sentiasa
20 Tanda Anda mengalami ketagihan internet!

  1. Saya terlalu melayari internet lebih lama daripada masa yang dirancang.
  2. Saya selalu mengabaikan tugas dan tanggungjawab apabila "online" terlalu lama.
  3. Kerana terlalu seronok"online",saya melupakan adik beradik dan ibu bapa.
  4. Jika mendapat kenalan baru melalui internet,saya menjadi ghairah berhubung dengannya berterusan.
  5. Saya kerap dimarahi ibu bapa di rumah kerana terlalu lama "online"
  6. Pencapaian saya di sekolah selalu merosot kerana terlalu lama"online"
  7. Selalu membuat sebarang kerja lain,saya mesti menyemak akaun e-mel saya dahulu.
  8. Penglibatan saya dalam aktiviti persatuan dan sukan di sekolah merosot kerana banyak masa di habiskan dengan melayari internet
  9. Saya selalu cuba berahsia daripada pengetahuan orang lain apa yang anda lakukan di internet
  10. Saya sedar,ketagihan internet ini mendatangkan masalah. Saya selalu cuba menyedapkan perasaan ini dengan menafikannya.
  11. Saya selalu merasa tanpa internet hidup jadi bosan,menjemukan dan kosong
  12. Saya selalu rasa tidak cukup tidur kerana berjaga malam untuk internet.
  13. Saya merasa produktiviti saya semakin mengurang kerana intenet.
  14. Saya kerap rasa terganggu,tidak selesan dan marah jika ada yang menyapa saya ketika asyik "online",
  15. Meskipun saya "offline"fikiran dan minda saya tetap berkhayal seolah olah saya masih "online"
  16. Semasa asyik "online" saya kerap berkata,saya akan beberapa minit saja lagi
  17. Saya selalu mencuba untuk mengurangkan masa "online" tetapi gagal.
  18. Saya terlalu merahsiakan jumlah masa saya melayari internet daripada pengetahuan orang lain.
  19. Saya kerap memiih untuk terus "online" berbandang makan atau keluar bersama keluarga.
  20. Saya selalu merasa murung"moody" atau gemuruh apabila tidak dapat "online"
Hanya setakat ini yang dapat share kan untuk korang. Nantikan entry" CUBA UKUR TAHAP KETAGIHAN INTERNET ANDA". InsyaAllah ada masa saya update lagi!! Leave your comment.

Dipetik daripada surat akhbar berita harian,20mac2013,rabu
Apa pendapat anda tentang design baru blog ni?:P Commentlah. Pendapat masing masing lain kan?:P
Lots of love Ecahh,

6 comments

24 March 2013 at 13:01

cantiknya design baru blog ni. header tu comel laaa :D

24 March 2013 at 13:01

cantik header tu! jeloss.. :3

24 March 2013 at 13:01

cantik header tu! jeloss.. :3

24 March 2013 at 13:40

cantik design baru ni . OMG ! kebanyakkan tanda ada pada saya . kecuali yang ke- 4 , 6 , 7 , 8 , 12 & 19 ...

24 March 2013 at 13:47

design baru comel! especially header! >.<

24 March 2013 at 16:14

lebih comel la ecah design baru ni..akak always suka..manfaatkan anugerah kretiviti daripada Allah ini sebaiknya ye dik ecah..

Post a Comment