Sunday, 24 March 2013

Cuba ukur tahap ketagihan internet anda.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Selamat Malam semua. Mohon maaf kepada sesiapa yang blogwalking dan saya tak balas. Masa sekarang tak mengizinkan. Ok kalau anda dah baca entry sebelum ni  tanda tanda anda mengalami ketagihan internet bukan? Belum baca? Tekan [SINI]

Selepas menjawab kesemua soalan,jumlahkan berapakah jawapan skor yang anda tandakan. Lebih tinggi skor anda,maka lebih tinggilah tahap ketagihan anda kepada penggunaan internet Secara kasarnya,supaya ujian ini dapat membantu,dapatla dijelaskan skor anda itu seperti berikut.

  • 20-49 Mata : Anda pengguna online yang biasa. Ana mungkin melayari internet sedikit melebihi daripada yang perlu,namun begitu anda dapat mengawal diri sebaiknya.Ertinya,kemudahan internet ini benar benar memberi manfaat kepada anda. Tahniah!!
  • 50-79 Mata : Anda sedang mengalami masalah disebabkan internet. Keadaan ini selalu beraku ke atas diri anda. Anda perlu menyedari dan menyedari kesan buruknya ke atas diri anda. Jika tidak,pasti anda akan mengalami masalah yang berat nanti.
  • 80-100 Mata : Cara anda menggunakan internet telah pun menjadikan hidup anda amat bermasalah. Anda perlu menilai kesannya terhadap kehidupan anda. Selesaikan segala masalah hidup yang anda hadapi disebabkan internet ini dengan segera.
Seterusnya,kawal penggunaan internet ini sebaiknya demi kebaikan masa depan anda.

  • Selepas anda mengenal pasti kategori yang mana anda berada,semak semula kenyataan-kenyataan yang anda telah tandakan dengan skor 4 atau 5.Bayangakan sejauh mana,situasi ini memang benar-benar menjadikan hidup bermasalah. 
CONTOHNYA: Jika anda memberi skor4,bagi kenyataan 2,mungkin anda selalu mengabaikan tugas di rumah mengemas tempat tidur,membasuh pakaian atau mencuci pinggan mangkuk selepas makan.

Bayangkan  lah,disebabkan sikap anda itu,ibu ayah dan ahli keluarga yang lain terpaksa menjadi hamba kepada anda. anda telah pun menjadi anak yang mementingkan diri sendiri. Suatu masa nanti, anda mungkin menjadi insan yang sombing. Cepatlah sedar dan perbaiki diri. Selepas ini,segeralah melakukannya. Semoga anda menjadi anak yang menggembirakan ibu dan ayah.

  • Katakanlah anda menjawab 5 (sentiasa/selalunya) bagi kenyataan no 12. Anda pasti selalu mengantuk pada siang hari lantaran berjaga malam melayari internet. Akibatnya,selalu mengantuk di dalam bilik darjah,kurang aktif dan kerap berkhayal di daam bilik darjah
Sedarilah,pada saat orang lain begitu bersemangat bangun untuk meneruskan perjuangan hidup menuntut ilmu demi kehidupan cemerlang,anda pula terpaksa berhempas pula menolak kain selimut dan menyeret diri anda ke bilik air. Betapa seksanya kehidupan anda berterusan begini setiap hari? Bayangkan pencapaian pelajaran anda yang semakin merosot.

Pada akhir tahun nanti,sudah pasti keputusan peperiksaan anda merudum. Apakah perasaan anda ketika itu pada saat orang lain bergembira bersama sama keluarga.Anda termenung sendirian dan ibu bapa mengalirkan air mata. Lantaran kegagalan anda dalam pembelajaran. Semuanya akibat ketagihan internet.

KESIMPULAN.

Kemudahan intenert adalah suatu Anugerah ALLAH SWT kepada maklukNya. Kemudahan ini bertujuan memberi mandaat kepada insan untuk melaksanakan amanah yang diberikanNya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini

Kita semua diberikan akal untuk berfikir,hati untuk merasa dan nadsu untuk menikmati. Walau bagaimanapun sekiranya kita gagal mengawal nafsu, menggunakan akal dan memandaatkan rasa hati sebaik mungkin,hidup kita akan terkeluar dari landasannya. Gunakanlah nikmat ini dengan sebaik baiknya. Uruskan masa kita mengikut keutamaan,janganlah lupa dengan mengekalkan amalan solat lima waktu dan sentiasa berdoa mengaharapkan pimpinan dan rahmat nya demi kejayaan dunia dan akhirat. Amin.