Wednesday, 2 January 2013

Sahabat Sejati di dunia dan akhirat.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Selamat malam. Assalamualaikum pembuka bicara. Terlebih dahulu saya sebagai owner blog ini memohon maaf atas kesibukkan yang saya alami. Mungkin lepas ni saya jarang update,jarang untuk balas blogwalking,jarang amik tempahan blog dah. Saya akan merindui semua itu! In Shaa Allah.

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Kekadang kita rasa melelahkan dan menjengkelkan tetapi sahabat begitulah yang membuat persahabatan kita mempunyai nilai yang indah!

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati. Saya pun mahukan sebegitu. Alhamdulilah bagi saya saya dah jumpa siapakah gelarannya. Biarkan terus menjadi rahsia saya dan Allah swt. Namun tidak semua orang yang berhasil mendapatkannya. Banyak yang telah menikmati indahnya persahabatan tapi ada juga yang begitu hancur kerana sikap kawan yang mengkianati dan dikianati. Tepuk dada tanya selera tepuk dahi bukalah minda.

Agama adalah perjalanan sebuah kehidupan. Setiap hari kita menjalani apa yang telah sedia diterangkan di dalam Al-Quran sama ada kita menjadi lebih baik atau tidak semuanya sedia dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.Lalu pilihlah golongan mana yang kita ingin digolongkan. Kerana balasnya telah siap disediakan Allah sama ada baik atau buruk. Hanya menunggu waktunya saja.
Short entry. Assalamualaikum :D

Lots of love Ecahh, 

2 comments

3 January 2013 at 18:54

Assalammualaikum adik..andai sudah jumpa teman sejati,,sahabat sehati,,pelihara ukhwah yang terjalin sebaiknya..sahabat sejati akan menghulur tgn tankala kita terjatuh,merawat luka andai kita terluka dan mengajak kita merintis jalan menuju syurga..

3 January 2013 at 23:56

hargai kawan yg kite ade..

Post a Comment