Friday, 26 October 2012

Bila tiba masanya ~

Alhamdulilah. Hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Di pagi yang sejuk ini. Angin bersepoi sepoi bahasa pada pipi gadis itu. Gadis yang berbaju kurung hijau dan bertudung bawal tona kehijaun. 


Dia bangun seawal pagi. Apabila dia membuka mata benda yang bakal di carinya telefon bimbit.Dia terus mencari telefon bimbit sonny erison dia yang tertanam didalam bantal. Apa dia tergesa gesa mencari telefon nya? Inikah runtin harian dia? Mungkin juga dia melihat sama ada mendapat maseg dari someone like friends or others? Mungkin juga melihat waktu. Semua kerana mungkin. Kita tak tahu apa niat gadis itu.

Setelah siap. Ayahnya sebagai ketua keluarga keluar menghidupkan enjin kereta. Sementara itu,dia dan emaknya sedang sibuk bersiap untuk ke masjid yang berdekatan. Ayah nya terus memecut dengan laju kerana kesuntukkan masa. Dari riak muka gadis itu mungkin dia sedang bergembira bersama dengan insan dia sayang. Hargailah orang yang kita sayang sebelum terlambat. Kalau dah terlambat tiada guna. 

Selepas menunaikan solat secara berjemaah dan mendengar sedikit ilmu yang berguna gadis tersebut dan keluarga terus pulang. Setelah sampai ibu bapa nya keluar semula. Kemana mereka pergi? Mungkin kerumah sedara mara yang buat majlis kecil kecilan. Gadis tersebut tinggal di rumah bersama abang dan adiknya. Mana ahli lagi? Mana kakak gadis itu? Itulah yang membuatkan gadis itu terus bersedih. Kakak nya tidak dapat beraya di malaysia. Mungkin masa gadis itu beraya kakaknya sedang menuntut ilmu pengetahuan di negara orang. Mungkin dan terus menjadi kemuskilan~

Gadis tersebut mencapai sebuah komputer riba di dalam biliknya. Terus dia membuka dengan penuh harapan. Apa yang dia berharap sebenarnya? Mungkin dia berharap dia. Mungkin dan mungkin. Ahhh. Tanya sama hati apa sebab rindu. Nanti jawab hati sebab dah sayang. Gadis itu telah mengepost di laman sosial twitter dia. Dia teruskan kehidupan. Dia terus online dan online. Sehinggakan gadis itu terlupa untuk memegang buku. Mungkin sekarang raya aidiladha. Mungkin dia nak enjoy dulu. Lepas tu mungkin dia study balik. Mungkin dan terus menjadi mungkin ~

Sesaat dia khusyuk melayari intenet tertiba terdengar enjin motosikal diberhentikan di depan rumah. Lantas hati kecil dia berkata " Mungkin orang datang beraya" " Mungkin kawan aku datang ni" "Mungkin sedara aku" "Mungkin kawan adik abang aku" " Mungkin orang antar daging". Setelah itu gadis tersebut terpingga pingga. Terpingga untuk hidangkan makanan. Yakni masa tu tiada persediaan. Gadis tersebut terus memasukkan makanan kedalam balang yang sesuai dan menyediakan minuman. Minuman yang selalu iklan cakapp " Kelia kau jah" ........... LOADING. Cerita si gadis itu terbantut. Maaf di atas kesulitan yang dialami.

Ketika tangan masih terasa sakit untuk menaip. Namun gadis itu teruskan jua. Ketika hati tidak mengizinkan gadis tersebut bercerita namun dia teruskan jua. Ketika perasaan gadis itu masih hura hara untuk menerima segala yang terjadi, segala perubahan dia terpaksa tempuh juaaaaaaaaa.

Lots of love Ecahhhh,