Tuesday, 4 September 2012

Dunia ini luas xD

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Dah ketika kita membayangkan sesuatu yang luar biasa? Itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat.

Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita. Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan Persahabatan. Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang yang kita tidak ingin tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir di dunia, melainkan awal sesuatu kehidupan baru.


Kebahagian ada untuk mereka yang menangis. Mereka yang tersakiti mereka yang tidak mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekahlah yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. Persahabatn sebagai sahabat baik adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya. Erti persahabatan ini cukup luas. Kekadang tidak semua orang dapat memahamikan nya. Bagi yang memahami erti persahabatn kawan baik mereka akan menghargai setiap detik, setiap masa bersamanya :D

Cerita ini dipetak dari incik google. Mari kita sesama hayatinya :)


Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR:cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.

CIKGU:"Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....

Lots of love ecahh,

3 comments

4 September 2012 at 18:42

saya pernah dengar cerita ni. hehe. :)) nice entry!

7 September 2012 at 21:33

cool story.
nanti mai komen kat post saya ye thanks :)

7 September 2012 at 21:44

nice kongsi.. love.. betul tu kite tak boleh menoleh kebelakang..

Post a Comment