Tuesday, 1 May 2018

Nilai Sebuah Kepercayaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kepercayaan merupakan sebuah anugerah yang paling utama yang berkait rapat dengan hati. Apa gunanya sebuah perhubungan sama ada persahabatan atau sebagainya sekiranya tiada kepercayaan? Apa gunanya kita berkongsi cerita dengan seseorang jika hanya sekadar untuk meluahkan dan tidak meminta ianya untuk dipercayai? Walaupun kepercayaan itu tidak pernah diminta, ianya tetap hadir atas tanda keikhlasan seseorang dan mempercayai walaupun kepercayaan bukanlah sepenuhnya 100%.

Hati ini diibaratkan sebuah pantai, kepercayaan pula diibaratkan benteng. Bila pantai itu selalu dilandai ombak laut, tiada pula benteng untuk menahan pantai dari ombak. Maka, kian lama ianya makin terhakis dilandai ombak.

Seperti itu juga sebuah kepercayaan dan sentiasa dilanda dugaaan yang mampu untuk mengugat hati sehinggalah akan wujudkan perasaan tawar hati untuk meneruskan sesuatu yang dibina sebab kepercayaan itu dihancurkan tanpa rasa balas kasihan.


Jangan pandang remeh atas sebuah kepercayaan yang diberikan oleh seseorang biarpun diri ini tidak pernah meminta diberi kepercayaan kerana sekali tercalar sukar untuk kita pulihkan kembali luka itu kerana ianya terlalu sakit. Sebenarnya, kepercayaan yang hadir ialah sebuah perhubungan yang perlu dipertahankan. Andai tiada kepercayaan, mustahil sebuah perhubungan itu dapat diteruskan melainkan atas kepentingan tertentu semata-mata.

Lots of love ecahh,

Wednesday, 17 January 2018

Goodbye Semester 3.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Haishh, berhabuk sudah blog ni. Berbulan tanpa updated tapi tetap akan preview tengok blog sendiri walaupun tak sempat nak updated. Semester ni terlalu kalut di USM, bila pikir balik apa yang busy sangat? Hehe. Betul cakap orang, semakin kita dewasa semakin kita mengenal dunia dan semakin banyak masalah yang tanpa noktah. Setuju?

Okay, mesti tertanya aku dah habis belajar ke sebab dah praktikum? Terlebih dahulu, aku baru semester 3 yang akan ke semester 4 bila buka cuti semester ni. Eh ya, aku tengah cuti break sekarang. Tapi cuti ni aku praktikum pertama. Untuk pengetahuan kalian, course aku memerlukan tiga kali untuk praktikum. Banyak kan? Tapi itulah hakikatnya sebagai social worker. Bila kita tengok dari sudut positif, dapat meningkatkan softskill kita. Softskill sangat penting bila kita melangkah ke alam pekerjaan. Huhuhuhhuhuu.

Aku masih lagi berbaki 5 semester untuk memegang segulung ijazah. Bukan mudah nak mudah. Kadang diri ini terlalu kedil untuk berdamping dengan insan yang jauh lebih hebat. Tapi mereka juga manusia, seperti aku? Hari demi hari, kita kena belajar untuk menyesuaikan diri kerana kalau bukan kita siapa lagi?

Hasil carian imej untuk happy

Semakin dewasa, semakin mengenal dunia. Aku pernah rasa aku jauh lebih teruk apa yang aku alami. Tapi bila kita semakin melangkah keluar, kita akan nampak dengan jelas masalah kita sebesar kuman berbanding orang lain. Jangan pernah rasakan kita lebih teruk, sedangkan ada lagi yang susah dari kita. Pengalaman sememangnya mematangkan kehidupan seseorang. Mungkin tangisan hari ini pemakar semangat untuk hari esok.

Semoga seketul ecah ni semakin tabah dan cekal hati apabila berhadap dengan dunia yang semakin kejam. Kita buat kejam bukan dunia bersifat kejam. Betul? Bak kata orang, tepuk dada tanya hati.

Lots of love ecahh, 

Tuesday, 7 November 2017

Dap Dap Makeup Dengan Zalora

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Nak tanya dekat sini, ada tak yang tak suka jaga penampilan diri? Ada tak? Kita sedia maklum bahawa, kita sebagai manusia akan menjaga penampilan diri tidak kira berada dimana. Betul? Keterampilan diri ni bermaksud kemampuan seseorang individu untuk mengurus personaliti diri yang akan mencerminkan keterampilan seseorang. Jadi, apa lagi jom ikuti entry ini dengan lebih lanjut!

Sekarang nak cantik senang saja. Klik klik pun semua benda boleh settle! Tak percaya? Meh klik sini Make up! Sekarang semuanya di hujung jari. Klik klik barang dah sampai depan rumah. Senang kan? Amik dari postman terus boleh guna atau pakai. Kat mana boleh beli? Semestinya dengan Zalora! Zalora Zalora! Yayy.


Ini merupakan interface Zalora. Korang boleh je search apa nak or tekan ja link yang ecah sertakan dkt atas tadi. Seriusly semua barang cantik dan harga juga berpatutan. Blouse pula semua lawa dan designnya mengikuti trend terkini. Tak lupa juga, Zalora juga menyediakan pelbagai jenis saiz. 

  
Tadaaaaaaa! Ni merupakan salah satu design untuk baju wanita. Korang boleh je scroll terus ke bawah dan pick ja yang mana berkenan. Zalora juga menyediakan free returns incase ada masalah pada baju or tersalah hantar. Special untuk customer akan dapat free delivery sekiranya pembelian atas pada RM75. Menarik kan? Boleh jimat duit minyak apabila membeli dengan Zalora. Zalora sememangnya sangat mudah dan dapat membantu para wanita diluar sana untuk terus bergaya.


Bila bergaya, ingatlah Zalora. Zalora mampu memenuhi citarasa anda. Apa lagi, mari tekan link [MAKE UP] untuk terus ke dunia Zalora yang akan memikat hati kalian! Saya sudah, anda bila lagi? Heheh!

 Lots of love ecah,